Adakah Lagu Memainkan Peranan Dalam Penyampaian Sesuatu Pembentangan?

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

27 Apr 2015

Bila dengar Lagu Sejati daripada Kumpulan Wings atau Taman Rashidah Utama, kita teringat masa zaman dulu.

Bila dengar lagu “Indahnya sungguh di hari raya, ramainya orang bersuka ria..” dendangan Uji Rashid dan Hail Amir, serta merta kita teringat suasana Hari Raya di kampung halaman. Emosi kita juga rasa happy sebab lagu itu telah ‘trigger’ memori kita semasa hari raya.

Dan bila kita dengar lagu yang pernah membuatkan kita rasa sedih satu ketika dulu, dan kemudian kita mendengarnya sekarang, sedikit sebanyak emosi sedih akan mendatangi kita.

Secara ringkasnya lagu-lagu telah berjaya “recall” memori kita yang lepas.

Aktiviti ini dinamakan ‘Anchoring’.

Dalam Neuro Linguistic Programming (NLP), ‘Anchor’ adalah salahsatu perkara/benda/gambar/lagu yang boleh mengingatkan kita kepada sesuatu.

Justeru, dalam satu satu pembentangan, penggunaan lagu yang betul boleh membangkitkan emosi yang betul kepada peserta.

Bila kita boleh mainkan muzik?

– Kita boleh memainkan lagu lagu sebelum pembentangan iaitu semasa peserta/audien tiba.
– Kita juga boleh memainkan lagu semasa kita hendak menaikkan semangat audien contohnya memainkan lagu ” Standing in The Eyes of The World” nyanyian Ella dan seumpamanya.
– Dan kita juga boleh memasangkan muzik background semasa break.

Kesimpulannya, bila audien mengalami emosi yang baik, ianya secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menerima mesej kita dengan baik dan berkesan.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments