5 Simptom yang meng ‘Hantui’ anak-anak daripada bercakap di dalam kelas atau dihadapan.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

24 Feb 2021

Saya yakin ramai dikalangan anak-anak kita ingin bercakap atau menyampaikan buah fikiran “Idea” mereka kepada guru atau rakan sekelas mereka dengan baik.

Tetapi apakan daya kadang-kadang apabila perasaan “Negatif” telah mengambil bahagian yang lebih besar dalam minda mereka daripada perasaan positif.

Inilah yang menyebabkan mereka lebih memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu untuk bercakap dikhalayak ramai.

Dan akhirnya mereka hanya membiarkan “Idea” yang bernas itu pergi begitu sahaja.

Sayang bukan?

Bukan senang anak-anak kita nak berfikir kreatif seperti itu.

Jadi sebagai ibubapa dan juga guru saya berasa terpanggil untuk membantu anak-anak kita ini supaya mereka dapat meluahkan apa yang berada di minda mereka.

Sebagai langkah pertama sebagai seorang ibubapa dan guru, saya perlu mengenalpasti terlebih dahulu apakah Simptom yang “Menghantui” mereka sehingga mereka tidak mahu bercakap atau meluahkan apa yang ada di minda mereka?

Mari kita kenalpasti satu persatu.

5 Simptom yang meng’HANTUI’ kanak-kanak daripada bercakap di dalam kelas.

1. Tergagap-gagap apabila berada di atas pentas.

Apabila saya bertanya sebahagian daripada murid atau pelajar sekolah, saya mendapati bahawa diantara masalah yang mereka hadapi adalah tergagap-gagap ketika memberi ucapan di atas pentas.

Tidak dinafikan masalah gagap ini mungkin ianya bermula dari mereka kecil lagi tapi InsyaaAllah dengan cara atau teknik yang betul masalah gagap ini dapat diatasi dengan baik.

Ketika saya bersekolah dahulu, saya juga mempunyai rakan-rakan yang gagap. Tetapi apabila sering dipanggil oleh guru untuk bercakap dihadapan akhirnya beliau tidak gagap lagi.
Ini bermakna seseorang yang gagap tidak akan gagap selama-lamanya jika diajar dengan cara yang tepat.

2. Tangan terketar-ketar apabila diberi microfon.

Ini juga merupakan salah satu simptom yang menyebabkan anak-anak tidak berani atau tidak mahu untuk bercakap dihadapan rakan-rakan.
Mereka bukannya tiada idea atau tajuk yang mereka ingin katakan cuma apabila mula berdiri saja dihadapan terus tangan terketar-ketar ataupun berpeluh.

Ada yang lebih parah lagi bila anak-anak kita diminta untuk pegang mic dan bercakap, tiba-tiba mereka hilang point dan terus menangis kerana fobia dengan mic.
Ini sangat menggerunkan anak-anak kita.
Walaupun dimata kita ianya hanya sekadar microfon yang kecil tetapi di dalam minda mereka ianya sangat menghantui mereka.
Jadi kita perlu meletakkan kasut kita ke dalam kasut mereka untuk kita sama-sama membantu mereka.

3. Sentiasa berasa cemas ketika bercakap.

Cemas ini perkara biasa sebenarnya, bukan setakat anak-anak kita, kadang-kadang orang dewasa juga mengalami perkara yang sama ketika bercakap dihadapan orang ramai. Saya teringat kata kata dari guru / mentor saya ketika berguru di Sri Lanka, beliau beritahu ada 2 golongan je yang tak nervous iaitu


1. Orang yang hilang akal.
2. Orang yang sudah meninggal.

Selain daripada itu semua orang akan cemas dan nervous. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah jangan membiarkan nervous itu menguasai anak-anak kita kerana ianya sangat merbahaya.Kita boleh kawal ia.

4. Fikiran menjadi keliru dan bercampur-aduk.

Apabila anak-anak kita sudah cemas, nervous, fobia dan sebagainya ketika berhadapan dengan rakan-rakan atau guru-guru, fikiran mereka mula bercampur-aduk. Tidak tahu nak mulakan dari mana dulu.


Kadang-kadang ada yang sudah menulis diatas kertas pun masih hilang punca tidak tahu nak cakap apa.  Sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian oleh ibubapa atau guru, kemungkinan besar ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada anak-anak di masa akan datang.

5. Berasa segan dan malu dihadapan khalayak ramai.

Malu ini sudah menjadi lumrah manusia. Semua orang ada malunya tersendiri. Malu ini satu perkara yang sangat bagus.  Tetapi jika terlebih malu ianya mungkin akan memakan diri sehingga tidak mahu melakukan apa-apa tindakan. Ini yang berlaku di kalangan anak-anak kita ketika di sekolah. Ada yang malu bercakap, malu bertanya soalan dan sebagainya.


Ada juga kadang-kadang tu berlaku tolak-menolak diantara anak-anak kita ketika dipanggil oleh guru untuk membuat pembentangan dihadapan. Jadi simptom ini juga perlu diatasi supaya anak-anak kita akan diberi perhatian lebih oleh guru-guru.

Alhamdulillah ini 5 perkara yang akan menghantui anak-anak anda jadi kita sebagai ibu bapa perlu la ambil tindakan untuk bantu mereka. Boleh tanyakan pada mereka atau gilap dan asah potensi mereka dengan berikan galakan dan sokongan.

Saya juga ada tawarkan sebuah program khas, pertama kali saya anjurkan untuk anak-anak berumur 10 – 15 tahun untuk asah skill dan teknik mereka bercakap dihadapan. Saya nak pastikan mereka yang hadir berjaya ‘breakthrough’ nervous dan ketakutan mereka.

Saya namakan program ini sebagai ‘Speak With Confidence Junior’ yang saya akan adakan secara online pada 6 Mac 2021 hari Sabtu.

Jika anda berminat nak hantar anak – anak anda boleh layari link berikut, tekan DISINI

Terima Kasih. Nak ikuti saya di social media, scan QR code atau tekan pada gambar dibawah ya.

Anda mungkin meminati artikel saya yang lain:-

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments