4 Tips Tingkatkan Kemahiran Komunikasi

kemahiran komunikasi

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

10 Nov 2022

Kemahiran komunikasi (communication skill) merupakan satu perkara yang dipandang mudah. Ramai di antara kita mengaggap komunikasi cuma sekadar bercakap di antara satu sama lain.

Sejak kecil bercakap, takkan dah besar pun masih kena belajar lagi?”

Tak juga. Komunikasi bukan sekadar bercakap. Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, komunikasi merupakan interaksi secara langsung atau tidak menggunakan medium seperti lisan, teks, dan lain-lain.

kemahiran komunikasi

Komunikasi adalah interaksi, manakala kemahiran komunikasi memastikan proses interaksi tersebut mencapai matlamat atau pun tidak.

Kemahiran berkomunikasi merupakan satu element penting dalam kehidupan harian tambahan pula jika kita dalam proses mencari kerja, ketika bekerja mahu pun berinteraksi dalam masyarakat.

Namun sayangnya ramai di kalangan kita masih tidak faham perkara-perkara asas dalam berkomunikasi.

Justeru itu, dalam artikel kali ini saya akan berkongsi 4 tips asas untuk meningkatkan kemahiran ketika berkomunikasi yang anda perlu tahu dan boleh amalkan dalam kehidupan harian.

4 Tips Asas Tingkat Kemahiran Komunikasi

Hubungan Mata (Eye Contact)

Eye contact adalah perkara yang sangat penting ketika berkomunikasi. Ia merupakan bahasa badan yang membawa maksud anda sedang fokus terhadap perbualan yang sedang berlangsung.

Ia secara tidak langsung menjadikan proses komunikasi lebih bermakna dan tidak menjadi komunikasi satu hala.

Gaya Bahasa

Komunikasi tidak terhad kepada lisan sahaja. Ini kerana, penulisan juga merupakan salah satu cara berkomunikasi. Komunikasi secara tulisan boleh berlaku ketika menghantar email, memo, surat dan sebagainya.

Ramai di kalangan anak muda terutamanya kurang menitik beratkan adab dalam penulisan. Ini kerana generasi ini dibesarkan dalam era bahasa SMS digunakan dengan meluas.

Ianya tulis secara ringkas supaya menjimatkan perkataan dan lebih cepat.

Walau bagaimana pun, boleh dianggap sebagai biadap jika menggunakan perkataan ringkasan, bahasa pasar jika berkomunikasi dalam urusan rasmi.

Pernah juga timbul isu yang pernah viral satu ketika dahulu tentang email permohonan kerja yang menunjukkan kemahiran komunikasi di kalangan lepasan univeristi adalah sangat lemah.

kemahiran komunikasi

Untuk menulis email rasmi, gunakan bahasa formal. Jangan gunakan singkatan. Mula dengan mukadimah di perenggan pertama. Isi kandungan di perenggan kedua dan akhiri dengan terima kasih sebagai penutup.

Antara kesilapan lain berkaitan bahasa dalam komunikasi adalah menggunakan bahasa pasar seperti kita gunakan ketika berbual dengan kawan.

Penerangan ringkas dan tepat

Maklumat yang ingin disampaikan haruslah ringkas, tepat dan padat. Setiap komunikasi tak kira apa jua medium, lisan, bertulis dan sebagainya haruslah disampaikan haruslah mudah difahami.

Tidak perlu menambah-nambah untuk email kelihatan panjang.

“Keep it simple and straight forward..”

Ianya dapat menjimatkan masa anda dan penerima.

Mendengar

Berkomunikasi tidak seharusnya bercakap sepanjang masa. Dalam satu-satu masa, kita juga harus menjadi pendengar.

Selain menyampaikan maklumat, kita juga mesti bersedia untuk mendengar dan mendapat maklum balas dari komunikasi tersebut. Ini sangat penting lebih lagi ketika mesyuarat, pembentangan dan sebagainya.

Demikian sedikit sebanyak tips asas dalam berkomunikasi yang boleh diamalkan. Semoga komunikasi anda lebih berkesan.

Satu potong ayat akan bisa mengubah nasib seseorang. Justeru, tingkatkanlah kemahiran komunikasimu.

Rizal Rashid

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Keyakinan Diri Kunci Kejayaan

Keyakinan Diri Kunci Kejayaan

Keyakinan diri merupakan perkara yang dianggap rumit untuk dijelaskan. Bukan semua dari kita memilikinya. Walau...

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published.