3B Sunat Dilakukan Ketika Hari Raya Aidilfitri

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

17 May 2021

3B Sunat Dilakukan Ketika Hari Raya Aidilfitri.

Assalamulaikum waramatullahi wabarakatuh kepada semua umat islam diseluruh dunia.

Kehadiran bulan Syawal menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan .Ianya juga tanda kemenangan buat umat Islam dalam melaksanakan ibadah puasa dan mengharungi segala ujian dan cabaran dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Dan dikesempatan ini saya dan team Neuronwoks Internasional ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam.Dan kami juga ingin memohon maaf sepanjang perkongsian kami kepada anda berkaitan tips komunikasi berpengaruh ini jika terdapat kekhilafan dan kesilapan dengan sedar atau tanpa kami sedari.

Bila kita sebut tentang hari raya,saya yakin dan percaya ianya tidak lari daripada perkara-perkara wajib, sunat,haram,makruh serta harus yang samaada kita boleh lakukan atau tidak boleh melakukannya.

Jadi saya disini ingin berkongsi dengan anda 3B Sunat dilakukan pada hari raya aidilfitri ini.

1.Berdoa

Antara perkara sunat yang kita sama-sama boleh lakukan ketika hari raya adilfitri ini adalah dengan berdoa.

Sahabat Rasulullah SAW  saling mendoakan kebaikan sesama mereka ketika bertemu pada hari raya.

Daripada Jubair bin Nufair, beliau berkata: Sahabat Rasulullah apabila bertemu pada hari raya, mereka mengucapkan antara satu dengan yang lain:

“Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu”.

Itulah hasil tarbiah Rasulullah SAW kepada sahabat Baginda sehingga mereka termasuk dalam kalangan generasi terbaik.

Syawal perlu disambut dengan penuh kesyukuran supaya ia mengundang nikmat berterusan daripada-Nya.

2.Berpakaian cantik

Amalan sunat seterusnya  yang dianjurkan oleh Islam adalah dengan berpakaian cantik ketika menyambut hari raya aidilfitri.

Tiada salahnya kita untuk menzahirkan rasa kegembiraan untuk menyambut Aidilfitri kerana ia adalah hadiah Allah SWT atas kemenangan hamba-hamba-Nya menahan nafsu sepanjang Ramadan.

Menjelang ketibaan Syawal ini, kita perlu kembalikan semangat meraikan Aidilfitri mengikut gaya Baginda SAW supaya kegembiraan sambutannya beroleh pahala dan keberkatan di sisi-Nya dengan mengenakan pakaian baharu.

Sahabat Baginda, Jabir pernah memberitahu,

 “Sesungguhnya Nabi memiliki pakaian khusus yang hanya dipakai pada dua hari raya dan hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi)

Al-Baihaqi juga ada meriwayatkan Abdullah bin Umar akan mengenakan sebaik-baik pakaian pada hari raya. Maka, berpakaian baharu dan cantik pada hari raya adalah amalan sunnah yang pernah dilakukan Rasulullah SAW dan sahabatnya.

3.Bertakbir

Seterusnya amalan sunat yang dilakukan pada hari raya aidlfitri ini juga adalah dengan bertakbir iaitu membesarkan Allah SWT dengan sebanyaknya.

Melaungkan takbir ini disunatkan sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah dilihat dengan jelas. Takbir ini kemudiannya hendaklah diteruskan lagi pada pagi Syawal. FirmahnAllah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.”

Justeru itu, marilah kita bersama-sama meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang diajar oleh Baginda SAW dan berayalah dengan penuh kegembiraan.

Salam sayang dari kami. Tonton video raya kami disini –> Tonton

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

2 Soalan Power Seorang LEader

2 Soalan Power Seorang LEader

Selamat kembali ke blog Rizal Rashid. Dalam penulisan kali ini, saya nak kongsi tentang 2 soalan power seorang leader....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *