3 TIPS MENJAGA SUARA SEORANG KOMUNIKATOR BERPENGARUH

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

5 Sep 2018

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan. Sebagai seorang komunikator yang biasa bercakap di hadapan audience, sama ada anda speaker, atau penceramah, atau jurulatih, penyanyi hatta anda seorang pengacara majlis sekalipun, suara adalah aset utama dan harta paling penting bagi kita, setuju ke setuju?

 

Sampai suatu saat, andai kata rasa gatal tekak, atau suara dah mula rasa terjejas kita pun mula risau dan susah hati, terutamanya bila ‘showtime’ semakin dekat. Kita mula fikir “habis lah……..”, siapa ada pengalaman macam ni senyum sikit? Sebab saya pun pernah berada dalam situasi ini tuan/puan. Jadi saya nak share dengan pembaca semua, bagaimana cara atau tips menjaga suara agar kekal sihat dan bertenaga.

 

Berapa ramai nak tahu? Jom baca!

 

 

  1. Perbanyakkan latihan

 

Di samping kita menjalani latihan amali komunikasi, teknik, tips kemahiran dan sebagainya, jangan kita lupa bahawa suara juga perlu dilatih. Antara latihan penting untuk mengeluarkan ‘output’ yang baik, bagus dan sedap didengar adalah dengan latihan ‘bubbling’ dan ‘tongue trill”.

 

Menurut pakar, kedua-dua latihan ini perlu dilakukan setiap pagi pada bila-bila masa dan sebelum ‘showtime’ sekurang-kurangnya 15 saat setiap satu aktiviti. ‘Bubbling’ adalah latihan gerakan bibir sepertimana yang biasa dilakukan oleh bayi atau anak kecil ketika mula-mula belajar berkomunikasi dengan bermain menggerakkan bibir, manakala ‘tongue trill’ pula aktiviti menggetarkan lidah seperti menyebut huruf R. Lebih bermanfaat tuan/puan, jika kita membuat kedua-dua latihan ini dengan nada yang berbeza-beza (tinggi-sederhana-rendah secara berulang) dalam satu-satu nafas.

 

Anda dapat sesuatu?

 

 

  1. ELAKKAN MENGAMBIL MINUMAN BER’GAS’, BER’AIS’ DAN ROKOK.

 

3 perkara ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk kita elakkan sebagai pengacara majlis dan komunikator berpengaruh. Kotak suara kita sangat sensitif tuan/puan, air bikarbonat sifatnya tajam dan boleh mengancam kotak suara kita. Semakin banyak pengambilannya, semakin cerah masa depan untuk kehilangan suara. Sebaliknya, banyakkan meminum air mineral atau air masak dalam suhu bilik, bukan sejuk.

 

Kedua, ais juga boleh mengganggu suhu di peti suara, sebab peti suara kita perlu sentiasa suam dan tidak sejuk. Oleh sebab itu jika kita lihat penyanyi-penyayi koir, penyanyi opera dan penyanyi profesional akan memakai selendang atau ‘mafla’ mengelilingi leher mereka untuk menjaga suhu tekak dan peti suara. Bukan semata-mata ‘style’ tau. Elakkan atau kurangkan mengambil ais dalam minuman kita terutamnya jika hari untuk kita ‘perform’ semakin hampir.

 

 

Ketiga, jauhkan rokok dan asap rokok dari kita. Hal ini kerana rokok dan asapnya akan melemahkan jantung dan paru-paru untuk menyalurkan tenaga kepada tubuh dan suara kita di samping rokok itu sendiri boleh mencederakan peti suara. Ya suara kita juga perlukan tenaga, tenaga dari suara ini dapat dirasai oleh audience tuan/puan, tenaga audience pula bergantung kepada tenaga tubuh dan suara kita. Jadi jaga tenaga suara kita, elakkan serta jauhi rokok dan asapnya.

BACAAN TERBAIK : 3 Cara Membina Komunikasi Yang Baik Antara Majikan Dan Staff.

  1. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP.

 

Rehat sangat penting tuan/puan, sebab suara kita bergantung kepada kecergasan dan energy tubuh badan kita. Baru-baru ni kami ada kelas bersama seorang guru vokal tanah air, Cikgu Siti Hajar. Beliau kongsi kepada kami sebenarnya suara kita akan tetap boleh bertenaga dan ada walaupun kita tengah demam atau tak sihat atau hilang, kita tetap boleh bercakap dan bernyanyi hampir beberapa jam walaupun sedang demam.

 

Bagaimana? Caranya, dengan menjaga dan kawal energy dengan dapatkan rehat yang cukup. Simpan energy untuk saat emas itu, pasti kita boleh ‘perform’ sebaik mungkin.

 

Semoga anda dapat sesuatu bermanfaat daripada perkongsian ini. Jangan lupa tinggalkan sebarang komen dibawah.

ikuti saya di media social:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

10 Comments

  1. Mira

    Terima kasih tuan, utk tips yg diberi.

    Reply
  2. Mohammad Yazid

    Alhamdulilah tuan Rizal Rashid. Banyak manfaat dari share yg tuan buat. Semuanya adalah untuk upgrade keyakinan diri saya.

    Reply
    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah, semoga artikel ini bermanfaat untuk ramai lagi orang

      Reply
  3. Sabri Ibrahim

    TERIMANKASIH TUAN

    Reply
  4. Norina

    Terima kasih. Info tentang minum ais…rupanya ais penyebab utama nada suara saya boleh berubah kekadang audience tak dpt dengar dgn jelas butiran kata2 saya….walau guna microphone canggih…mic tk salah ya..

    Reply
    • Rizal Rashid

      hehe semoga bermannfaat ya. ais mmg tak sesuai .

      Reply
  5. clare

    Thank u sifu.. tips yg sgt bermanfaat ????????????

    Reply
    • Rizal Rashid

      sama – sama semoga bermanfaat ya

      Reply

Leave a Reply to Norina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Bermanfaat? Kongsikan

Kongsikan kepada rakan anda!