Asas Public Speaking (Dimana bakat dan keberanian saya dibentuk)
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang dikasihi. Pada entry istimewa kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang bagaimana keberanian saya bercakap di hadapan ribuan orang dibentuk sejak kecil.
Disinilah keberanian saya dilatih dalam ‘pengucapan awam’ semasa dibangku sekolah rendah lagi. Alhamdulillah (rujuk gambar dibawah ni)
Berdiri dihadapan semasa hendak melaungkan azan dikala jemaah sedang ramai adalah satu perkara yang perlu saya “breakthrough” atau lalui.
Sebagai muazzin (beginner) ketakutan itu adalah biasa. Kadang kadang nafas terputus putus semasa mengumandangkan azan disebabkan nervous dan terlalu ‘takut silap’. (mindset biasa bagi orang yang pertama kali nak berada di pentas atau bercakap dikhalayak ramai)
Namun itulah antara caranya saya bermula. Justeru jika anda ada anak lelaki, biasakan untuk mereka menjadi Bilal atau Muazzin disurau atau disekolah untuk melatih mereka berada di depan, berani dan berkeyakinan tinggi yang mana akan memberi manfaat yang banyak buat anak yang dilatih sebegini ketika membesar.
Disamping itu adalah salah satu basic atau asas dalam pengucapan awam, pahalanya juga bukan sedikit. Buat 1 tapi dapat 2, best kan?
Sementara itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan rotan mereka apabila enggan mengerjakan solat ketika mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” (riwayat Abu Daud)
Perbuatan merotan di sini lebih kepada pendidikan dalam Islam bukan sampai mendera dan mencederakan. Begitulah tegasnya pendidikan dalam Islam bagi mendidik anak-anak sejak kecil dengan ibadah dan sebagai salah satu contohnya adalah dengan mengajarkan anak kita tampil berani ke depan dan menjadi muazzin atau bilal. Selain melatih tentang ilmu ibadah, mereka juga bakal dilatih dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi. Insya Allah
*Terima Kasih bapa sebab paksa saya jadi muazzin 🙂
BACA JUGA : ‘3K’ UNTUK IMPROVE DAN MAINTAIN MOTIVASI DIRI
Semoga anda mendapat inspirasi dari perkongsian ini, sesungguhnya kita bermula dengan pilihan kita. Kita yang nak jadi berjaya, kita yang buat pilihan untuk jadi berani. Maka, buat ‘pilihan’ anda sekarang juga!
Ikuti saya di media social saya untuk lebih perkongsian tips & video-video menarik:-
| Facebook | Instagram | YouTube | Twitter | LinkedIn |
Perkongsian yang menarik! Terima kasih Tuan RizalRashid. Saya dahulu melalui nasyid semasa tadika kumudian ikuti kumpulan pancaragam sekolah secara tidak langsung menyebabkan kita berani ke hadapan 🙂
Alhamdulillah saya juga di zaman sekolah dulu bernasyid 😉
Kisah yg cukup inspirasi. Saya dulu biasa berada di hadapan khalayak, tetapi setelah lama tidak berada di sana maka ketakutan , nervous dan rasa malu itu kembali melanda diri. Allahuuu
hehe itu biasa tuan, kena selalu berada di atas pentas atau didepan, insya Allah keberanian dan konfiden akan dtg semula 🙂
betul-betul.. keberanian mmg kena lalui, breakthrough hehe
hehe kena kembali ke depan, ke pentas!