khas untuk anda yang nak Bercakap dengan yakin, Berstruktur & Berpengaruh

communication level up

“Program intensif untuk anda yang mahu ‘level up’ komunikasi daripada sekadar bercakap, kepada bercakap dengan yakin, berstruktur dan berpengaruh dalam kerjaya, bisnes dan kehidupan.”

Berapa ramai diantara kita yang cepat rasa “down”, lemah dan tak bersemangat?

Artikel ini khas untuk anda.

Kami faham kadang-kadang dalam bisnes atau kehidupan ini ada masanya mood kita okay , bersemangat dan sangat teruja.

Namun, ada masanya juga mood kita merudum , tak bersemangat dan tak tentu hala. Jika berlaku situasi begini apa yang perlu kita buat?

” It always seems impossible until it’s done ” -inspirationboost.com-

Oleh itu, Jom! saya kongsikan kepada anda tips-tips untuk bangkit bersemangat semula.

Saya juga manusia , saya juga sama macam anda ada rasa turun dan naik, itu adalah perkara biasa.

Tapi yang lebih luar biasa adalah apabila anda dalam mood atau emosi negatif. Oleh itu, anda harus tukar emosi tersebut dengan cepat agar ia tidak mengganggu tugasan harian kita.

Salah satu cara untuk menaikkan semangat kita itu adadalah dengan cara melihat keindahan alam yang diciptakan oleh Allah SWT.

Contohnya, ada orang suka melihat air laut, ada orang suka melihat sungai , ada orang suka melihat hijau-hijauan di dalam hutan dan sebagainya.

Tidak kiralah anda jenis yang mana satu , yang penting lihat keindahan alam semula jadi cipta Allah itu sebab ianya sangat membantu untuk menaikkan semula mood atau emosi kita kearah lebih positif.

Selain itu juga , anda buka deria anda seluasnya untuk menikmati bunyi-bunyi alam , dengarkan apakah suara yang hadir serta rasakan bau alam semulajadi tersebut.

Konklusinya, berusahalah bersungguh-sungguh untuk bangkit daripada kegagalan ataupun kejatuhan. Praktikkan berbagai-bagai cara yang sesuai untuk bangun semula.

Namun ketika usaha dan doa kita tidak dikabulkan Allah S.W.T, itu bermaksud Allah mempunyai rancangan lain yang jauh lebih indah daripada perancangan kita.

Selamat berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. Dia sayangkan hambanya maka pasti ada sesuatu di sebalik kegagalan yang kita alami.

Semoga bermanfaat perkongsian ringkas ini, Sekian.

14 Februari 2026 | Sabtu

Neuronworks Hall, Setiawalk Mall, Puchong, Selangor.

8.00 Pagi hingga 11.00 Malam

apa yang bakal dipelajari

MODUL #1 – STRATEGI BINA KEYAKINAN DENGAN MUDAH

Ramai orang sebenarnya ada ilmu, tapi gagal tampil yakin bila bercakap.
Dalam modul ini, anda akan belajar teknik dan strategi praktikal untuk bina keyakinan secara natural ketika berkomunikasi tanpa perlu ‘fake confident

Anda juga akan faham bagaimana keyakinan boleh buat seseorang nampak lebih kredibel, diyakini dan dipercayai, walaupun baru bercakap beberapa minit.

MODUL #2 – TEKNIK IMPROMPTU SPEECH (CAKAP TANPA PREPARE)

Takut bila disuruh bercakap secara tiba-tiba?
Blank bila orang tanya soalan on the spot?

Dalam modul ini, anda akan belajar teknik bercakap spontan dengan tersusun, walaupun tanpa skrip.
Teknik ini diajar secara teori + praktikal, supaya anda benar-benar boleh terus guna dalam kerja, meeting atau situasi harian.

MODUL #3 – TEKNIK “FAHAM KE TAK?”

Bila bercakap, kita selalu tertanya:
“Dia ni faham ke tak sebenarnya?”

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan tahap kefahaman audiens, sama ada pelanggan, staf atau team tanpa perlu tanya “faham ke tak?” berulang kali.

Anda akan belajar tanda-tanda, signal dan teknik untuk tahu bila perlu ulang, jelaskan semula atau teruskan.

MODUL #4 – STRATEGI ‘GAYA BAHASA’ BERPENGARUH

Ada orang berilmu tinggi tapi susah nak buat orang ikut. Ada pula yang cakap biasa-biasa, tapi orang senang dengar.

Bezanya ialah gaya bahasa.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara menyampaikan mesej dengan gaya yang betul supaya arahan, idea dan pandangan anda:
✔ lebih jelas
✔ lebih meyakinkan
✔ lebih mudah diterima

Sesuai untuk leader, SME, trainer dan sesiapa yang perlu beri arahan atau panduan kepada orang lain.

MODUL #5 – MISCOMMUNICATION DETECTOR

Masalah paling besar dalam komunikasi ialah ‘salah faham‘.

Kita cakap A, orang faham B.
Akhirnya jadi konflik, salah sangka dan hubungan jadi renggang, dalam team jadi tak best.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan punca miscommunication lebih awal, sama ada dengan pelanggan, staf atau team dan bagaimana membetulkannya sebelum jadi masalah yang lebih parah & besar.

MODUL #6 – BODY LANGUAGE YANG MEYAKINKAN

Komunikasi bukan hanya pada apa yang kita cakap, tapi bagaimana kita membawa diri.

Dalam modul ini, anda akan belajar:

body language yang menaikkan keyakinan

gerak tubuh yang buat orang rasa selesa

bahasa badan seorang leader yang berpengaruh

Anda juga akan faham kenapa sesetengah orang nampak “berwibawa” walaupun tak banyak bercakap.

MODUL #7 – 5 AYAT PEMUSNAH KREDIBILITI

Tanpa sedar, ramai orang rosakkan kredibiliti sendiri melalui ayat-ayat tertentu.

Dalam modul ini, anda akan belajar 5 ayat yang boleh menjatuhkan kepercayaan orang terhadap kita, walaupun niat kita baik.

Anda juga akan tahu cara menggantikan ayat-ayat ini dengan versi yang lebih profesional dan berpengaruh. 

MODUL #8 – 4 LANGKAH MEMPENGARUHI ORANG

Ini antara modul paling praktikal & sangat penting.

Anda akan belajar 4 langkah mudah dan sistematik untuk mempengaruhi orang secara beretika, bukan manipulasi.

Teknik ini telah digunakan dan diuji oleh ramai peserta sebelum ini mudah difahami, mudah diamalkan, dan sesuai untuk dunia kerja sebenar. 

MODUL #9 – TEKNIK ‘EFEKTIF’ MEMBINA HUBUNGAN

Ramai orang pandai bercakap, tapi tak semua pandai membina hubungan.

Dalam modul ini, anda akan belajar strategi komunikasi yang buat orang:
✔ rasa selesa bercakap dengan anda
✔ mudah buka cerita
✔ senang bekerjasama
✔ dan lebih percaya

Ilmu ini sangat penting untuk leader, usahawan, pasangan, dan sesiapa yang bekerja dengan manusia.

Copyright © 2026 Divi. All Rights Reserved.