Terdengar lagu “Sesuci Lebaran” (Dato’ Siti Nurhaliza), teringat sewaktu mempersiapkan rumah sebelum hari raya.
Bila dengar Lagu “Balik Kampung” (Allahyarham Sudirman), teringat pula perjalanan balik ke kampung halaman.
Bila lagu “Pulanglah” (Aisyah), teringat momen momen kita diperantaun kerana tidak dapat pulang ke kampung berhari raya kerana tugas atau sebagainya.
Dengan erti kata yang mudah, lagu lagu ini MEMBANGKITKAN / MENGINGATKAN KEMBALI MEMORI YANG LEPAS.
Tahukah anda, sesuatu yang kecil, namun mampu HOOK ingatan kita untuk mengingati sesuatu di panggil ANCHOR ?
ANCHOR boleh digunakan dengan pelbagai bentuk, antaranya:
– Lagu
– Perkataan
– Perbuatan
– Bentuk
Jika “Terlajak Laris” akan mengingatkan anda tentang sesuatu produk, maksudnya PERKATAAN tersebut menjadi ANCHOR untuk produknya.
Jika anda melihat “Gesture” Usain Bolt semasa beliau meraikan kemenangan, dan selepas itu anda melihatnya di dalam mana mana iklan & kita mampu “Recognize” itu adalah Usain Bolt, walaupun hanya melihat kedua – dua belah tangannya ( seperti dalam gambar ), PERBUATAN itu adalah ANCHORnya.
Untuk mewujudkan ANCHOR, ianya perlu dilakukan secara berulang – ulang. Anchoring mengingatkan tentang eksperimen seorang saintis Rusia, Ivan Pavlov iaitu Classical Conditioning.
Ingat Rizal Rashid, ingat komunikasi 😀
0 Comments