Tahun 2025 menyaksikan lanskap politik Malaysia semakin tegang. Perbezaan pendapat semakin menjadi-jadi bukan sahaja di Parlimen, tetapi di meja makan, media sosial, dan pejabat. Isu-isu seperti kestabilan ekonomi, pendidikan, serta kenaikan kos sara hidup menjadi bahan perdebatan yang tidak berkesudahan.
Namun di sebalik kebebasan bersuara yang diraikan, satu persoalan besar timbul adakah kita benar-benar tahu cara berkomunikasi dengan matang dan beretika?
Apa Itu Perang Naratif?
Perang naratif ialah pertembungan antara dua pihak atau lebih penceritaan yang bertujuan untuk mempengaruhi cara kita melihat sesuatu isu. Dalam dunia politik, naratif bukan sekadar fakta. Perkar aini disulami emosi, imej, simbol dan kisah yang menyentuh hati.
Contohnya, satu pihak mungkin menggunakan naratif “membela rakyat”, manakala pihak lain mempromosi naratif “reformasi sistem”. Siapa lebih bijak menyusun naratif, lebih besar pengaruhnya.
Komunikasi Etikal: Formula Penting Dalam Ketegangan
Dalam suasana negara yang penuh dengan isu sensitif seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan komunikasi etikal bukan lagi satu pilihan, tapi satu keperluan nasional.
Apabila semua orang mahu bersuara, tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana untuk bersuara dengan bijak dan berhemah, maka wujudlah apa yang kita panggil sebagai perang naratif, fitnah digital, dan krisis kepercayaan awam.
Tuan Rizal Rashid sering mengingatkan bahawa kata-kata kita boleh jadi ‘ubat’ atau ‘racun’. Dan di sinilah pentingnya kita menguasai formula komunikasi etikal, terutamanya bila berdepan perbezaan pendapat dan situasi tegang.
Tuan Rizal Rashid dalam banyak program seperti Speak With Confidence dan Communication Masterclass Online Course (CMOC) sering menekankan 3 prinsip komunikasi berpengaruh.

1. Mindset → Message
“Clear Mindset = Clear Message” – Tuan Rizal Rashid
Sebelum bercakap, betulkan niat. Apakah tujuan kita berkomunikasi? Adakah untuk membetulkan atau untuk memperlekeh? Adakah untuk memberi solusi atau hanya menyalakan emosi?
Orang yang jernih dalam hati, akan jernih dalam cara menyampaikan.
2. Gunakan Struktur, Bukan Serangan
Contoh struktur yang kitab oleh amalkan dan praktikkan ialah Formula 3C:
- Connect – Bina hubungan emosi dan hormat dulu.
- Content – Sampaikan isi dengan hujah, bukan makian.
- Close – Tutup dengan ajakan bersatu, bukan pecah belah.
Struktur ini penting terutama ketika berdepan ketegangan politik, konflik komuniti, atau perdebatan sosial. Ia bantu kita kekal waras dalam menyampaikan yang benar.
ELAKKAN SOALAN “TRIGGERING”
Gunakan ayat neutral dan tanya soalan yang membuka ruang dialog:
“Apa pandangan awak kalau kita lihat dari perspektif rakyat biasa?”
“Saya hormat pandangan tu, tapi boleh saya kongsi sisi lain yang saya lihat?”

Bila berbeza pandangan, Jangan bina dinding
Dalam era politik yang polarised, ramai yang memilih untuk hanya mendengar dari “puak sendiri”. Kita ‘mute’ yang tidak sependapat. Ini berbahaya.
Komunikasi etikal mengajar kita untuk tidak menutup telinga kepada suara yang berbeza. Sebaliknya, kita diajak untuk mendengar, memahami, dan kemudian memberi respon bukan reaksi.
Seperti kata Tuan Rizal:
“Jangan bercakap untuk menang, bercakaplah untuk menyambung.”

Teknik: Tapis Sebelum Respon
Satu teknik popular Tuan Rizal ajar dalam program ialah Mind Filter, kita boleh praktikkan dengan menapis emosi sebelum bercakap.
Contohnya, bila terima komen kasar di media sosial:
- Tahan respon selama 5 saat.
- Fikir apa niat asal kita nak jawab.
- Tukar nada dari menyerang kepada menjelaskan.
Ini bukan tentang jadi lemah. Ini tentang jadi bijak dalam berkomunikasi.
Peranan Rakyat Dalam Membina Negara
Negara bukan dibina hanya oleh pemimpin di atas pentas, tetapi oleh jutaan suara rakyat yang berkomunikasi setiap hari mahupun di rumah, di tempat kerja, di media sosial.
Setiap individu, sama ada pelajar yang menulis di TikTok, ibu bapa yang menegur anak, pekerja yang memberi cadangan, atau ketua jabatan yang menyampaikan amanah sedang menyumbang kepada naratif dan budaya komunikasi negara ini.
Komunikasi etikal bukan hanya untuk ahli politik. Ia adalah tanggungjawab bersama.
Jangan Hanyut Dalam Perang, Jadi Pelayar Yang Bijak
Politik tidak akan pernah sunyi dari konflik. Tapi konflik tidak semestinya membawa kebencian jika kita tahu cara yang betul untuk berkomunikasi.
Jangan hanyut dalam ombak emosi dan sentimen. Belajar untuk bercakap dengan struktur, niat yang baik dan Teknik yang efektif. Itu lah senjata utama dalam membina masyarakat yang matang.
Summary:
https://www.penerangan.gov.my/etika-dalam-komunikasi/
https://rizalrashid.com/7-rahsia-komunikasi-berpengaruh-teknik-mudah-untuk-leader-dan-bisnes-owner/
0 Comments