Kenapa Ramai Masih Di level yang sama je?
Ramai yang kerja keras… tapi tak ke mana.
Bukan sebab mereka tak pandai. Tapi sebab mereka tak tahu formula sebenar untuk naik dalam kerjaya.
Kalau anda masih percaya kerja keras cukup untuk naik pangkat itu tanda pertama anda belum bersedia untuk dunia profesional hari ini.
Dalam artikel ini, saya kongsikan 5 peraturan penting yang wajib anda faham dan amalkan, kalau anda serius nak naik level dan capai lebih banyak kejayaan profesional.

1. jangan skadar rajin, tapi tunjuk nilai anda
Pertama sekali,
Zaman sekarang, rajin saja tak cukup. Yang naik, ialah orang yang nampak rajin, nampak bijak, dan nampak boleh pimpin.
Kalau anda kerja kuat tapi tak pandai tunjuk hasil, bos takkan sedar pun siapa anda.
Tindakan praktikal : Setiap minggu, update bos tentang apa yang anda dah capai. Hantar laporan ringkas atau minta sesi 1 to 1 bulanan untuk tunjukkan nilai anda.
“Kalau anda tak bina persepsi anda, orang lain yang akan tentukan siapa anda.”
2. Kuasai Seni Komunikasi Yang Berpengaruh
Nak improve dalam kerjaya, anda mesti tahu macam mana nak cakap, supaya orang ikut.
Ramai boleh buat kerja. Tapi tak ramai boleh buat orang percaya, terima idea dan ikut arahan. Inilah beza antara pekerja biasa dengan pemimpin yang dihormati.
Tindakan praktikal: Belajar cara bercakap secara meyakinkan. Tak kira dalam mesyuarat, presentation, atau bincang dengan team suara anda mesti ada pengaruh.
“Komunikasi bukan sekadar bercakap. Ia adalah seni untuk meyakinkan dan memimpin.”
3. Jangan Tunggu Arahan, Belajar Selesaikan Masalah
Bos tak cari orang yang ikut arahan. Bos cari orang yang boleh fikir, cari jalan dan selesaikan masalah.
Kalau setiap kali ada masalah anda kena tanya orang dulu, anda bukan aset. Anda adalah beban kepada Syarikat mahupun organisasi.
Tindakan praktikal: Latih diri cari penyelesaian setiap kali ada cabaran. Bila naikkan isu pada bos, terus beri cadangan. Bukan komplen kosong.
“Pemimpin yang naik cepat ialah mereka yang kurangkan beban orang lain—bukan tambah beban.”

4. Berkawan Dengan Orang Yang Mahu Maju
Kalau setiap hari anda dikelilingi orang yang asyik komplen, mengeluh dan takut cabaran lama-lama anda pun jadi macam tu.
Nak naik dalam kerjaya, anda perlu berada dalam circle yang positif, produktif dan penuh visi.
Tindakan praktikal: Sertai program pembangunan diri. Sertai sesi coaching atau kumpulan pemimpin muda. Jangan jalan sorang-sorang.
“Jalan sorang, anda boleh sampai. Tapi jalan dengan orang yang betul, anda sampai lebih jauh dan lebih cepat.”
5. Bina ‘Personal Branding’ Anda
Setiap hari, anda sedang ‘bercakap’ tanpa kata.
Cara anda berpakaian, cara anda jawab mesej, cara anda tulis email, semuanya membina jenama anda.
Dalam dunia profesional, ‘personal branding’ ialah modal paling mahal.
Tindakan praktikal: Kemas kini profil LinkedIn anda. Tulis tentang kemahiran anda, pencapaian, dan nilai yang anda bawa kepada organisasi.
“Orang tak naikkan anda sebab siapa anda. Mereka naikkan anda sebab apa yang mereka nampak tentang anda.”

Setiap pencapaian besar dalam hidup dan kerjaya tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia hasil daripada kesedaran, keputusan dan tindakan yang konsisten.
5 peraturan yang dikongsikan ini bukan teori semata. Ia lahir dari pengalaman dunia sebenar apa yang membezakan mereka yang kekal di zon selesa, dengan mereka yang berani menonjol dan melonjak dalam profesion masing-masing.
Jika anda mula melihat diri anda bukan sekadar ‘pekerja’ tapi sebagai individu yang punya misi dan nilai anda akan mula bergerak lain macam. Cara fikir anda berubah. Cara cakap anda lebih yakin. Dan cara anda bawa diri mula memberi kesan pada orang sekeliling.
Kerjaya bukan sekadar tentang naik pangkat. Ia tentang siapa anda sedang jadi dalam proses itu. Kerana pada akhirnya, bukan posisi yang menentukan nilai anda tapi pengaruh yang anda tinggalkan.
Terus maju. Dan jangan pernah berhenti maju kehadapan.
Reference :
1/ Bagaimana Kuasai Komunikasi Di Tempat Kerja
2/ Berita penjawat awam perlu tingkatkan mutu kerja
0 Comments