Komunikasi Berkesan Asas Kejayaan

Komunikasi berkesan asas kejayaan

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

5 Oct 2022

Selamat kembali ke laman sesawang Rizal Rashid. Dalam penulisan kali ini, saya nak kongsi tentang tips komunikasi berkesan.

Komunikasi merupakan aspek penting dalam kehidupan. Komunikasi berkesan membolehkan kita melaksanakan tugasan dan rutin harian dengan mudah, lancar dan teratur.

Gaya bercakap yang betul memainkan peranan penting kepada komunikasi yang berkesan.
Bersama dengan Dato Dr. Leez ( Pengusaha Produk Kesihatan Tempatan ) ketika Majlis Konvensyen The Influential Club (TIC)

Asas komunikasi yang baik juga membolehkan mesej yang kita ingin sampaikan diterima seterusnya diterjemahkan dengan tepat.

Adalah sangat penting untuk memahami bahawa komunikasi dianggap berkesan sekiranya penerima memahami mesej yang hendak disampaikan.

Sekiranya komunikasi yang baik tidak berlaku dalam sesebuah organisasi, ia dapat memberikan kesan yang buruk, malah boleh menjejaskan operasi sesebuah syarikat.

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh The Chartered Institute of Payroll Professionals (CIPP) bahawa kemahiran komunikasi adalah sangat penting dan berharga terutamanya kepada bos atau pihak pengurusan. Bos yang tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang baik seringkali menjadi punca kepada isu-isu yang melibatkan produktiviti.

Sekiranya arahan yang diberikan untuk melakukan sesuatu tugasan tidak disampaikan dengan tepat, berkemungkinan pihak pelaksana tidak dapat melakukan tugas dengan baik, dan ada kalanya berlaku kesilapan.

Komunikasi berkesan juga tidak terhad dalam urusan menyampaikan arahan dalam sesebuah syarikat sahaja. Ianya mencakupi segenap urusan harian.

” Fokus kepada seseorang bila anda berkomunikasi dengan mereka itu tanda anda seorang komunikator yang hebat “

Rizal Rashid, 2022

Sebagai peniaga, anda harus mempunyai teknik dan keyakinan diri untuk menjelaskan dan menyampaikan tentang produk anda kepada pelanggan.

Tips Komunikasi Berkesan

Sekiranya anda inginkan komunikasi yang berkesan, anda perlulah jelas dengan idea dan mesej yang hendak disampaikan. Sekiranya anda sendiri tidak jelas, mesej yang disampaikan mungkin akan disalah erti.

Dalam pada itu, faktor sosial dan budaya juga sangat penting untuk diambil kira. Perlu diingat bahawa faktor usia dan latar belakang seseorang menentukan cara kita berkomunikasi. Sekiranya pelanggan anda dari kalangan orang kurang upaya, anda seharusnya menjaga sensitviti ketika berkomunikasi.

Dalam berkomunikasi, gunakan bahasa badan yang sesuai seperti kontek mata, tunduk, mengangguk kepala dan sebagainya. Bahasa badan sangat penting dalam menyokong proses komunikasi.

Komunikasi yang baik juga perlu berlaku secara dua hala. Jadi menjadi pendengar yang baik adalah penting untuk memastikan mesej yang anda sampaikan dapat diterjemah dengan betul.

Kesimpulannya, peranan komunikasi adalah sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Ianya bergantung kepada kaedah dan cara yang digunakan.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments