Artikel kali ini saya ingin kongsikan mengenai ciri seorang leader yang luarbiasa. Jika seorang leader mempunyai ciri berikut pastinya dia akan dihormati , disegani dan yang lebih penting adalah dia akan mudah dipercayai oleh team , staf serta orang bawahannya.
Berapa ramai leader diluar sana yang mengalami situasi staf kurang mempercayai anda?
Berapa ramai leader diluar sana yang ideanya tidak didengari dan selalu tidak diyakini oleh teamnya?
Jika anda dalam situasi di atas , anda wajib baca artikel ini sampai habis.
Pasti ianya sangat bermanfaat untuk anda dan bantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang leader.
Sebagai seorang leader anda wajib ada D & A.
Mungkin anda tertanya-tanya apa itu D & A?
D adalah Decision.
A adalah Action.
Seorang leader yang nak mempengaruhi team , staf serta orang bawahan , anda perlu lah membuat keputusan. Anda perlu berani dalam memutuskan apa sahaja yang terbaik sam ada di jabatan anda , bisnes anda atau organisasi anda.
Dengan keberanian dalam membuat satu-satu keputusan yang anda tonjolkan pasti ianya akan menampakkan anda seorang leader yang berani dan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekalipun. Dengan cara ini anda akan sangat dihormati dan disayangi.
Selepas anda berani membuat keputusan, anda perlu bentangkan keputusan anda kepada team atau staf anda. Kemudian anda dan team akan jalankan atau mengambil tindakan dengan keputusan yang telah anda putuskan.
“Keputusan anda hari ini menentukan kehidupan anda dimasa akan datang”
Sebagai seorang leader saya menasihati diri saya serta leader-leader diluar sana untuk berani untuk membuat keputusan dan bertanggungjawab dengan keputusan yang anda telah putuskan serta berkomunikasi lah dengan baik bersama team atau staf anda supaya organisasi anda mendapat manfaat yang luar biasa.
Jangan lupa untuk sebarkan ilmu D & A ini supaya lebih ramai leader yang berani buat keputusan dan lebih yakin untuk membuat keputusan yang akhirnya menampakkan anda seorang leader yang sangat dihormati.
Boleh juga baca Artikel saya yang lain ;
0 Comments