6 CARA YANG IBUBAPA PERLU BUAT SEMASA BERCAKAP DENGAN ANAK SUPAYA LEBIH BONDING.

ibu bapa lebih bonding

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

31 Mar 2017

Anak adalah anugerah tuhan kepada kita sebagai ibu bapa yang seharusnya dijaga dan dididik menjadi anak yang soleh/ah.

.

.

Ada anak yang pendiam, ada juga anak yang petah dan banyak bercakap. Yang petah boleh jadi kurang bercakap. Kita pun tidak tahu apa sebabnya.

.

.

Kadang-kadang ibubapa cakap dengan kasar. Atau mesejnya tak jelas. Bagi anak yang mula belajar bercakap, mereka perlu masa.

.

.

Jika kita silap cara bercakap dengan anak, ditakuti boleh mengakibatkan pelbagai kesan buruk seperti gangguan emosi, anak jadi lembap, anak kurang ajar dengan kita dan lain-lain lagi.

.

.

Untuk bantu anda, mari saya share 6 cara yang boleh anda amalkan bila bercakap dengan anak.

.

.

Klik pada gambar untuk teruskan bacaan…

.

.

1-SELARIKAN LEVEL MATA DENGAN ANAK.

.

.

Cara yang paling mudah untuk membina “rapport” dengan anak adalah dengan selarikan level mata kita dengan dia.

.

.

Atau bahasa mudanhya, dia tak perlu mendongak untuk melihat kita.

.

.

Rapport adalah sangat penting untuk membina hubungan baik agar anak anda selesa bercakap dengan kita.

.

.

2-BERCAKAP JANGAN TERGESA-GESA.

.

.

Pernahkah kita sebagai ibubapa tidak tahan kerana anak lambat sangat menghabiskan ayat? Mesti kurang sabar kan?

.

.

Sepatutnya, kita mesti tunggu beberapa saat selepas anak selesai bercakap sebelum anda mulakan bicara. Cakap perlahan-lahan dan intonasi mesti dalam keadaan relaks.

.

.

Ia lebih efektif daripada terus mengkritik anak tanpa mengetahui apa puncanya.

.

.

Tentunya nasihat ibubapa seperti “Perlahan sikit!”, “Cuba sekali lagi!” tidak akan diendahkan.

.

.

BACA : Lemah Berkomunikasi? Bersedia 4 Perkara ini

 

3-GUNAKAN MIMIK MUKA DAN BODY LANGUAGE.

.

.

Adalah sangat boring kalau kita bercakap dengan orang tanpa diikuti dengan mimik muka dan body language. Macam taka da perasaan.

.

.

Lebih-lebih lagi dengan anak. Untuk meraikan mereka, ibu bapa perlu respon apa yang mereka sampaikan dengan mimik muka dan body language yang tidak dibuat-buat.

.

.

Hal ini kerana, anak mahu tahu yang ibubapa mereka betul-betul mendengar cerita mereka.

.

.

Elakkan daripada menggangguk-angguk sahaja sambil memegang telefon bimbit dan melayari facebook.

 

 

4-BERIKAN 100% PERHATIAN BILA ANAK BERCAKAP.

.

.

Diakui, ibu bapa penat selepas kerja dan mahu rehat.

.

.

Tetapi setiap hari paling kurang spend sedikit masa, berikan perhatian tidak berbelah bahagi pada anak. Layan dia seadanya, bukan hanya acah-acah bagai tiada perasaan.

.

.

Pada waktu ini biarkan sahaja anak-anak kita buat pa yang kita suka. Buat dia seakan-akan kapten dan kita ikut segala arahanya.

.

.

Biarkan anak kita bercakap dengan penuh semangat dan mereka tahu kita enjoy dengan mereka. Hasilnya mereka akan biasa untuk bercakap dengan kita dengan sendiri.

.

.

Percayalah saat-saat manis ini akan segar dalam minda anda sehingga ke hari tua nanti…

.

.

5-ULANG MESEJ ANDA.

.

.

Kajian mendapati “repetition is the mother of perfection”.

.

.

Apabila ibu bapa ingin menyampaikan satu mesej atau nasihat kepada anak, ia perlu dilakukan secara berulang dan konsisten.

.

.

Untuk lebih berkesan, medium itu boleh dipelbagaikan contohnyawhatsapp, memo di peti ais, surat, bercerita dalam pelbagai suasana samada di kereta, di meja makan dan seumpamanya.

.

.

Ia juga perlu disampaikan dalam pelbagai emosi, serius, ketawa, gurau dan canda.

.

.

Ini menunjukkan bahawa kita serius dalam menyampaikan mesej kita. Dan percayalah, kalau bukan kali ke lima, mungkin kali ke lima puluh barulah mesej kita itu dapat dicerna dengan sempurna.

.

.

6-TERIMA ANAK SEADANYA.

.

.

Apa-apa pun, terima mereka seadanya. Sentiasa berikan galakan dan sokongan penuh pada mereka dalam apa jua minat dan hobinya mereka.

.

Kalau bukan kita sebagai ibu bapa, siapa lagikan?
Ingat, anak adalah anugerah dari yang maha Esa.
Adakah kita perlu mensia-siakan
anugerah terindah yang Allah beri?

.

.
Semoga bermanfaat !

Jangan lupa LIKE page saya di RIZAL RASHID

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments