5 Sebab kenapa pasangan kita berkomunikasi dengan kita

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

31 Dec 2020

Assalamualaikum dan selamat kembali ke blog Rizal Rashid. Hari ini saya nak berkongsi tentang satu topik komunikasi yang best iaitu 5 sebab kenapa pasangan kita berkomunikasi dengan kita. Semoga bermanfaat ya.

Selamat membaca!

1. KONGSI CERITA

Kongsi cerita. Untuk sebab yang pertama ini, pasangan kita berkomunikasi dengan kita kerana mereka suka untuk berkongsi cerita justeru sebagai pasangan yang baik, kita dengarkan dan fokus dengan apa yang mereka kongsikan dan jangan tengok phone.

Jangan sampai dia nak cerita dengan orang lain.

 

2. MELUAHKAN PERASAAN

Antara sebab lain pasangan berkomunikasi dengan kita adalah untuk mereka meluahkan perasaan. Kalau pasangan luahkan perasaan, dengarkan dengan tekun. Elakkan jawab, nanti bergaduh, sebab kadang kadang itu adalah luahan spontan dari pasangan kita.

3. UNTUK DIHARGAI

Sebagai pasangan, mereka kadang kala perlu untuk dihargai. ( pasangan bercakap dan mereka nak dihargai. So dengar dan identify, sekiranya mereka nak dihargai, hargai mereka, berikan pujian ikhlas ).

Berikan pujian untuk persekitaran yang dekat seperti pujian terhadap masakan yang sedap, pujian kerana rajin mengemas rumah dan sebagainya

4. MINTA SIMPATI

Minta simpati. ( Jika pasangan beritahu, saya sakit la bang. Sebenarnya mereka nak simpati dari kita. So dengarkan dengan penuh perhatian.

Contoh: Pasangan balik rumah dan maklumkan pada kita mengenai bisnes yang tak menjadi, jangan salahkan atau blame mereka).

5. DIKAGUMI

Sebab yang terakhir kenapa pasangan kita berkomunikasi adalah kerana mereka ingin rasa dikagumi. Sebagai contoh perbualan: ”..Saya jumpa perdana menteri tadi..” Pasangan nak kita kagumi mereka. So kita dengar dan reply..”..waahhh dia cakap apa tadi?..” )


Alhamdulillah semoga anda belajar sesuatu dari perkongsian saya ini. Sebagai kesimpulan, kunci utama dalam memberi impak yang baik diatas sebab kenapa pasangan berkomunikasi adalah kuncinya ialah mendengar. Kerana komunikator yang baik adalah seorang pendengar yang baik. Semoga bermanfaat dan belajar sesuatu!

Ikuti saya di sosial media untuk info, tips dan lebih banyak perkongsian tentang komunikasi. Klik pada gambar dibawah atau imbas QR Code

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments