khas untuk anda yang nak Bercakap dengan yakin, Berstruktur & Berpengaruh

communication level up

“Program intensif untuk anda yang mahu ‘level up’ komunikasi daripada sekadar bercakap, kepada bercakap dengan yakin, berstruktur dan berpengaruh dalam kerjaya, bisnes dan kehidupan.”

Pernah tak anda alami situasi ini?

❌ Ada ilmu & idea, tapi bila bercakap… tiada keyakinan, blur dan terus jatuh

❌ Waktu tengah meeting, orang nampak keliru dengan apa yang kita sampaikan

❌ Rasanya arahan dah jelas pada kita, tapi staf buat lain

❌ Bila kita ditanya secara tiba-tiba, otak jadi blank

❌ Kita bercakap elok-elok, tapi tetap disalah faham

Masalahnya bukan anda tak pandai bercakap.
Masalahnya anda belum diajar atau kuasai cara berkomunikasi dengan betul dan berstruktur.

“Kalau nak jadi yakin, kena jadi petah dan pandai bercakap.”

Ramai orang yang saya jumpa selalu fikir:

“Kalau nak jadi yakin, kena jadi petah dan pandai bercakap.”

Hakikatnya:
✅ Keyakinan boleh dibina secara sistematik
✅ Pengaruh boleh dipelajari, bukan bakat semula jadi
✅ Komunikasi yang berkesan ada struktur & teknik, bukan main cakap

Dan itulah fokus program ini.

inilah solusinya! 

COMMUNICATION LEVEL UP!

Program intensif yang direka khas untuk bantu anda level up cara berkomunikasi — dari biasa-biasa kepada lebih yakin, jelas dan berpengaruh.

Bukan teori cakap kosong, Tetapi teknik yang boleh terus guna dalam kerja, bisnes dan kehidupan harian.

Info penting program ‘communication level up’

14 Februari 2026 | Sabtu

Neuronworks Hall, Setiawalk Puchong, Selangor.

8.00 Pagi hingga 11.00 Malam

MODUL #1 – STRATEGI BINA KEYAKINAN DENGAN MUDAH

Ramai orang sebenarnya ada ilmu, tapi gagal tampil yakin bila bercakap.
Dalam modul ini, anda akan belajar teknik dan strategi praktikal untuk bina keyakinan secara natural ketika berkomunikasi tanpa perlu ‘fake confident

Anda juga akan faham bagaimana keyakinan boleh buat seseorang nampak lebih kredibel, diyakini dan dipercayai, walaupun baru bercakap beberapa minit.

MODUL #2 – TEKNIK IMPROMPTU SPEECH (CAKAP TANPA PREPARE)

Takut bila disuruh bercakap secara tiba-tiba?
Blank bila orang tanya soalan on the spot?

Dalam modul ini, anda akan belajar teknik bercakap spontan dengan tersusun, walaupun tanpa skrip.
Teknik ini diajar secara teori + praktikal, supaya anda benar-benar boleh terus guna dalam kerja, meeting atau situasi harian.

MODUL #3 – TEKNIK “FAHAM KE TAK?”

Bila bercakap, kita selalu tertanya:
“Dia ni faham ke tak sebenarnya?”

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan tahap kefahaman audiens, sama ada pelanggan, staf atau team tanpa perlu tanya “faham ke tak?” berulang kali.

Anda akan belajar tanda-tanda, signal dan teknik untuk tahu bila perlu ulang, jelaskan semula atau teruskan.

MODUL #4 – STRATEGI ‘GAYA BAHASA’ BERPENGARUH

Ada orang berilmu tinggi tapi susah nak buat orang ikut. Ada pula yang cakap biasa-biasa, tapi orang senang dengar.

Bezanya ialah gaya bahasa.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara menyampaikan mesej dengan gaya yang betul supaya arahan, idea dan pandangan anda:
✔ lebih jelas
✔ lebih meyakinkan
✔ lebih mudah diterima

Sesuai untuk leader, SME, trainer dan sesiapa yang perlu beri arahan atau panduan kepada orang lain.

MODUL #5 – MISCOMMUNICATION DETECTOR

Masalah paling besar dalam komunikasi ialah ‘salah faham‘.

Kita cakap A, orang faham B.
Akhirnya jadi konflik, salah sangka dan hubungan jadi renggang, dalam team jadi tak best.

Dalam modul ini, anda akan belajar cara mengesan punca miscommunication lebih awal, sama ada dengan pelanggan, staf atau team dan bagaimana membetulkannya sebelum jadi masalah yang lebih parah & besar.

MODUL #6 – BODY LANGUAGE YANG MEYAKINKAN

Komunikasi bukan hanya pada apa yang kita cakap, tapi bagaimana kita membawa diri.

Dalam modul ini, anda akan belajar:

body language yang menaikkan keyakinan

gerak tubuh yang buat orang rasa selesa

bahasa badan seorang leader yang berpengaruh

Anda juga akan faham kenapa sesetengah orang nampak “berwibawa” walaupun tak banyak bercakap.

MODUL #7 – 5 AYAT PEMUSNAH KREDIBILITI

Tanpa sedar, ramai orang rosakkan kredibiliti sendiri melalui ayat-ayat tertentu.

Dalam modul ini, anda akan belajar 5 ayat yang boleh menjatuhkan kepercayaan orang terhadap kita, walaupun niat kita baik.

Anda juga akan tahu cara menggantikan ayat-ayat ini dengan versi yang lebih profesional dan berpengaruh. 

MODUL #8 – 4 LANGKAH MEMPENGARUHI ORANG

Ini antara modul paling praktikal & sangat penting.

Anda akan belajar 4 langkah mudah dan sistematik untuk mempengaruhi orang secara beretika, bukan manipulasi.

Teknik ini telah digunakan dan diuji oleh ramai peserta sebelum ini mudah difahami, mudah diamalkan, dan sesuai untuk dunia kerja sebenar. 

MODUL #9 – TEKNIK ‘EFEKTIF’ MEMBINA HUBUNGAN

Ramai orang pandai bercakap, tapi tak semua pandai membina hubungan.

Dalam modul ini, anda akan belajar strategi komunikasi yang buat orang:
✔ rasa selesa bercakap dengan anda
✔ mudah buka cerita
✔ senang bekerjasama
✔ dan lebih percaya

Ilmu ini sangat penting untuk leader, usahawan, pasangan, dan sesiapa yang bekerja dengan manusia.

✔ Business owner & usahawan
✔ Leader & manager
✔ Trainer, coach & consultant
✔ Eksekutif & profesional
✔ Sesiapa yang perlu bercakap, memberi arahan dan mempengaruhi orang

Jika anda berurusan dengan manusia, program ini memang untuk anda.

SIAPA PALING SESUAI JOIN PROGRAM INI?

Siapa saya yang akan bantu anda?

Hari Raya adalah masa yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Ia bukan sekadar sambutan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga peluang untuk mengukuhkan silaturahim, menziarahi sanak saudara, dan mengajarkan adab kepada anak-anak.

Namun, di sebalik kegembiraan ini, penting untuk ibu bapa mendidik anak-anak tentang kesopanan dan etika semasa berkunjung ke rumah orang lain. Perkara ini bukan sahaja mencerminkan keperibadian mereka, tetapi juga melambangkan bagaimana mereka dibesarkan.

Berikut adalah 5 perkara penting yang perlu diperingatkan kepada anak-anak ketika menyambut Hari Raya, supaya mereka menjadi anak yang beradab dan disenangi.

1. Jangan Meminta-Minta Duit Raya

Duit raya sememangnya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak, tetapi mereka perlu diajar bahawa duit raya adalah pemberian ikhlas dan bukan sesuatu yang wajib diberikan.

Contoh Kesilapan:
Anak-anak yang terbiasa meminta duit raya dengan ayat seperti “Uncle, tak ada duit raya ke?” atau “Nak duit raya, cepatlah bagi!” boleh menyebabkan situasi yang kurang menyenangkan.

Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan:

  • Ajarkan mereka bersyukur dan menerima dengan hati terbuka jika diberikan.
  • Beritahu mereka bahawa tidak semua orang memberi duit raya, dan itu bukan hak mereka untuk meminta.

🔗 Baca Juga: Cara Mendidik Anak Mengenai Nilai Kesyukuran

2. Jangan Buka Sampul Duit Raya Depan Tuan Rumah

Membuka sampul duit raya sebaik sahaja menerimanya boleh dianggap kurang sopan dan tidak menghargai pemberian orang lain.

Contoh Kesilapan:
Ada anak-anak yang terus membuka sampul di depan tuan rumah dan terus memberi reaksi seperti kecewa jika jumlahnya kecil. Ini boleh menyebabkan situasi yang janggal dan kurang menyenangkan.

Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan:

  • Ajar anak untuk mengucapkan terima kasih dengan penuh hormat apabila menerima duit raya.
  • Beritahu mereka untuk menyimpan sampul itu dahulu dan membukanya hanya selepas pulang ke rumah.

3. Jaga Tatatertib Apabila di Rumah Orang

Anak-anak perlu faham bahawa apabila berkunjung ke rumah orang lain, mereka adalah tetamu, bukan tuan rumah. Oleh itu, menjaga tingkah laku dan menghormati peraturan rumah tersebut sangat penting.

Contoh Kesilapan:

  • Berlari-lari dalam rumah tanpa peduli orang dewasa.
  • Memegang dan bermain dengan barangan hiasan rumah tanpa izin.
  • Menghidupkan TV atau peralatan lain tanpa bertanya dahulu.

Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan:

  • Sebelum keluar rumah, ingatkan anak-anak tentang adab ketika bertandang ke rumah orang.
  • Jika mereka masih kecil, sentiasa awasi mereka dan tegur dengan lembut jika mereka melakukan kesilapan.

4. Makan dengan Sopan, Jangan Bersepah

Salah satu tanda akhlak yang baik adalah bagaimana seseorang itu menjaga adab ketika makan. Ini termasuk mengambil makanan dengan tertib, tidak membazir, dan makan dengan kemas.

Contoh Kesilapan:

  • Mengambil makanan dalam jumlah yang banyak tetapi tidak dihabiskan.
  • Mengotorkan meja makan atau menjatuhkan makanan ke lantai.
  • Makan sambil bercakap dengan mulut penuh, menyebabkan sisa makanan terkeluar.

Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan:

  • Ajar anak-anak mengambil makanan dalam jumlah sederhana dan menghabiskan apa yang diambil.
  • Jika anak-anak masih kecil, bantu mereka makan dengan betul dan pastikan mereka tidak meninggalkan kesan kotor selepas makan.

5. Jangan Bermain Berlebihan

Bermain sememangnya sebahagian daripada kegembiraan kanak-kanak, tetapi mereka perlu tahu batasan supaya tidak mengganggu tuan rumah dan tetamu lain.

Contoh Kesilapan:

  • Bermain dengan terlalu bising sehingga mengganggu perbualan orang dewasa.
  • Berlari-lari dan menyebabkan barang di rumah tuan rumah pecah.
  • Bergaduh sesama sendiri kerana berebut mainan.

Apa yang Ibu Bapa Boleh Lakukan:

  • Beritahu anak-anak bahawa mereka boleh bermain tetapi perlu menghormati orang lain.
  • Jika ada taman permainan atau ruang bermain di luar, galakkan mereka bermain di sana.

Mendidik anak-anak mengenai adab dan etika ketika menyambut Hari Raya adalah tanggungjawab ibu bapa. Jika mereka dibiasakan dengan sikap yang baik sejak kecil, ia akan menjadi tabiat positif sehingga dewasa.

Hari Raya bukan sekadar tentang makanan dan duit raya, tetapi juga mengenai mengeratkan silaturahim dan menjaga hubungan baik dengan saudara-mara serta sahabat handai.

Sebagai ibu bapa, kita adalah role model terbaik untuk anak-anak. Jika kita menunjukkan contoh yang baik, mereka juga akan mengikutinya.

Rujukan : 5 perkara wajib kita elak sewaktu berkunjung