5 perkara ini WAJIB kita elak semasa berkunjung-kunjungan di hari Lebaran

5 perkara wajib elak ketika berkunjung

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

23 Jun 2017

  1. Jangan sibuk dengan telefon dan TV ketika berkunjung.

 

Hari raya lebihkan menjalin silaturrahim, gunakan telefon ketika perlu sahaja. Kerana hari raya adalah masa yang paling bagus untuk kita merapatkan kembali hubungan sesama kita. Telefon dan TV tu boleh tengok bila bila beb.

 

 

  1. Jangan mengutuk atau membicarakan perihal sesiapa.

 

Bayangan kalau orang cakap buruk dibelakang kita, kita nak tak ? Mestilah kita tak nak kan?.

Dan sebenarnya , bila kita kutuk atau bicarakan tentang burauk orang dihadapan orang lain, kita sedang membuka aib kita sendiri. ish malu laa

 

 

  1. Elakkan makan terlalu banyak.

 

Kerana mungkin kuih yang dihidangakn adalah stok yang terakhir. Berpada pada semasa menjamu selera, fikirkan juga tetamu yang akan berkunjung selepas kita.

Kita ambil positif tentang isu ini. Mungkin ada yang kata, ‘tuan rumah dah jamu, kita balun je la‘ tetapi seebenarnya kita ambil ikitbar supaya kita tidak menghabiskan segala kuih atau hidangan yang ada. Bukan kita seorang je tetamu mereka. Jadikanlah amalan berkunjung kita ini satu matlamat yang positif untuk mengeratkan lagi sillaturrahim.

BACA: VIDEO tuan Rizal Rashid live dirancangan Selamat Pagi Malaysia

  1. Jangan biarkan anak anak kita membuat eksplorasi kediaman ketika berkunjung.

 

Ada sesetengah orang tidak selesa apabila bilik tidur, ruang dapur dan seumpamanya dilihat oleh tetamu. Namun mereka serba salah untuk menegur anak anak kita. Justeru sebagai ibu bapa, kitalah yang perlu tegur anak anak kita.

 

Anak-anak ni memang tabiat mereka kalau datang rumah orang, mesti nak buat sesi explorasi. hehe Sebagai ibu bapa, kena la peka ya. Jangan sibuk berbual dan bergelak ketawa sampai lupa anak kita dah kat mana. Paling perit tu bila anak-anak dah terpecahkan gelas pasu atau frame gambar ke, ishhh cegahlah awal-awal.

 

 

  1. Jangan bersalaman dengan yang bukan mahram.

 

Kerana kebiasaannya atas tiket hari raya kita terlepas pandang dan bersalaman dengan orang yang bukan mahram kita. Raya raya juga, hukum hakam jangan lupa ya tuan-tuan dan puan-puan semua.

 

Kalau rasa-rasa tak sure, boleh la lemparkan senyuman dan tunduk tanda hormat. Itu pun satu tanda yang baik dalam teknik body language.

 

Semoga bermanfaat dan mendapat sesuatu.

 

like page RIZAL RASHID untuk lebih tips komunikasi.

 

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments