5 Habit di Hari Raya yang Anda WAJIB ELAK! (Nombor 5 tu WAJIB sangat elak!)

5 Habit di Hari Raya yang Anda WAJIB ELAK! Nombor 5 tu WAJIB sangat

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

11 Jun 2018

5 Habit di Hari Raya yang Anda WAJIB ELAK! Nombor 5 tu WAJIB sangat

Hai selamat Hari Raya semua ! (baca ketika sedang berhari raya). Semoga sihat hendaknya. Baca artikel ini ya dan kongsikan dengan yang lain semoga mendapat manfaat.

 

  1. Tidak menghormati tetamu yang datang

Apabila tetamu bertandang ke rumah kita, sambutlah mereka dengan tangan yang terbuka. Ajak mereka untuk duduk di sofa, kerusi atau tempat yang selesa. Hidangkan juadah hari raya seperti kuih-muih dan makanan tradisional.

 

Elakkan daripada terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit sehingga tetamu berasa kehadirannya seperti tidak dirai. Selain itu, rajin-rajinkanlah diri untuk keluar ke ruang tamu bagi beramah mesra dengan tetamu. Tidak baik jika hanya terperap di bilik sahaja. Nanti akan dilabel sombong pula.

1. Tidak menghormati tetamu yang datang Apabila tetamu bertandang ke rumah kita, sambutlah mereka dengan tangan yang terbuka. Ajak mereka untuk duduk di sofa, kerusi atau tempat yang selesa. Hidangkan juadah hari raya seperti kuih-muih dan makanan tradisional. Elakkan daripada terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit sehingga tetamu berasa kehadirannya seperti tidak dirai. Selain itu, rajin-rajinkanlah diri untuk keluar ke ruang tamu bagi beramah mesra dengan tetamu. Tidak baik jika hanya terperap di bilik sahaja. Nanti akan dilabel sombong pula.

  1. Berpakaian tidak sopan ketika melayani tetamu

Menutup aurat itu satu kewajipan. Pastikan aurat kita terjaga sepanjang keberadaan tetamu yang bukan mahram. Seperkara lagi, pakailah pakaian yang bersesuaian sewaktu menerima kedatangan tetamu.

 

Sediakan baju kurung atau jubah ‘kecemasan’ jika perlu. Janganlah hanya berbaju kaftan atau berseluar pendek ketika melayani tetamu. Sudah tentu tetamu akan berasa kurang selesa. Ingat, berpakaian sopan bermakna kita menghormati tetamu kita.

2. Berpakaian tidak sopan ketika melayani tetamu Menutup aurat itu satu kewajipan. Pastikan aurat kita terjaga sepanjang keberadaan tetamu yang bukan mahram. Seperkara lagi, pakailah pakaian yang bersesuaian sewaktu menerima kedatangan tetamu. Sediakan baju kurung atau jubah ‘kecemasan’ jika perlu. Janganlah hanya berbaju kaftan atau berseluar pendek ketika melayani tetamu. Sudah tentu tetamu akan berasa kurang selesa. Ingat, berpakaian sopan bermakna kita menghormati tetamu kita.

  1. Datang berziarah pada waktu yang tidak sesuai

Sememangnya kita berasa seronok dan teruja ingin berkunjung ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai sepanjang musim perayaan. Namun demikian, kita juga perlu peka terhadap keadaan sekeliling. Jenguk-jenguklah ke luar, lihat-lihatlah waktu di jam tangan atau telefon bimbit.

 

Datang berziarah pada awal pagi atau lewat malam adalah tidak sesuai kerana tuan rumah juga memerlukan privasi dan ingin berehat pada waktu tersebut. Malahan, sekarang kita mempunyai teknologi yang canggih. Apa salahnya jika kita WhatsApp atau telefon terlebih dahulu sebelum bertandang ke rumah? Pastinya tuan rumah akan lebih bersedia menyambut kedatangan tetamu.

3. Datang berziarah pada waktu yang tidak sesuai Sememangnya kita berasa seronok dan teruja ingin berkunjung ke rumah sanak-saudara dan sahabat handai sepanjang musim perayaan. Namun demikian, kita juga perlu peka terhadap keadaan sekeliling. Jenguk-jenguklah ke luar, lihat-lihatlah waktu di jam tangan atau telefon bimbit. Datang berziarah pada awal pagi atau lewat malam adalah tidak sesuai kerana tuan rumah juga memerlukan privasi dan ingin berehat pada waktu tersebut. Malahan, sekarang kita mempunyai teknologi yang canggih. Apa salahnya jika kita WhatsApp atau telefon terlebih dahulu sebelum bertandang ke rumah? Pastinya tuan rumah akan lebih bersedia menyambut kedatangan tetamu.

BACA JUGA : TEKNIK NAK BUAT ORANG SUKA BERCAKAP DENGAN KITA

  1. Tidak menjaga adab makan ketika berziarah

Datang beraya je, mesti ada makanan yang dihidangkan. Sedap memanglah sedap, tapi kena ingat, ya. Makanlah secara bersopan dan jangan gelojoh. Jika kuihnya berbalut, buanglah pembalut tersebut ke dalam bekas yang disediakan atau tong sampah. Jika tidak jumpa, masukkan di dalam poket dan buang kemudian.

 

Jangan sesekali membuang pembalut sesuka hati sehingga berterbangan entah ke mana. Air pula tuanglah elok-elok, jangan sampai tertumpah. Kalau ada anak kecil, awasi tingkah laku mereka. Kalau ada makanan atau air yang tertumpah, segera minta maaf pada tuan rumah dan bersihkan mana yang mampu. Tolonglah jangan gunakan alasan, “Ala tak apa. Namanya pun budak lagi.” Bukan begitu caranya, wahai ibu dan bapa. Masihkah kita ingat pada peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’?

Tidak menjaga adab makan ketika berziarah Datang beraya je, mesti ada makanan yang dihidangkan. Sedap memanglah sedap, tapi kena ingat, ya. Makanlah secara bersopan dan jangan gelojoh. Jika kuihnya berbalut, buanglah pembalut tersebut ke dalam bekas yang disediakan atau tong sampah. Jika tidak jumpa, masukkan di dalam poket dan buang kemudian. Jangan sesekali membuang pembalut sesuka hati sehingga berterbangan entah ke mana. Air pula tuanglah elok-elok, jangan sampai tertumpah. Kalau ada anak kecil, awasi tingkah laku mereka. Kalau ada makanan atau air yang tertumpah, segera minta maaf pada tuan rumah dan bersihkan mana yang mampu. Tolonglah jangan gunakan alasan, “Ala tak apa. Namanya pun budak lagi.” Bukan begitu caranya, wahai ibu dan bapa. Masihkah kita ingat pada peribahasa ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’?

  1. 5. Menjadi mak cik / pak cik bawang! Haaa point ini tersangatlah penting! Jangan jangan jangan sesekali kita menjadi mak cik atau pak cik bawang, ya. Bagi yang tak tahu apa maksud terma yang agak baru tapi popular ini, mak cik atau pak bawang membawa maksud di mana seseorang yang suka bergosip, menyebarkan fitnah atau mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Tak perlu nak sibuk sangat tanya “Kau nak bila nak kahwin? Umur dah makin tua,” atau “Bila nak ada anak? Tak nak tambah lagi ke?” Wahaiii mak cik dan pak cik bawang sekalian, ketahuilah bahawa tiada satu pun yang dapat menghalang ketentuan daripada Allah. Mereka sudah melakukan pelbagai usaha. Usahlah kita menambah luka di hati mereka. Sebaiknya, doakan sahaja yang terbaik buat mereka. Silaturahim terjaga, pahala pun dapat.Menjadi mak cik / pak cik bawang!

Haaa point ini tersangatlah penting! Jangan jangan jangan sesekali kita menjadi mak cik atau pak cik bawang, ya. Bagi yang tak tahu apa maksud terma yang agak baru tapi popular ini, mak cik atau pak bawang membawa maksud di mana seseorang yang suka bergosip, menyebarkan fitnah atau mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Tak perlu nak sibuk sangat tanya “Kau nak bila nak kahwin? Umur dah makin tua,” atau “Bila nak ada anak? Tak nak tambah lagi ke?” Wahaiii mak cik dan pak cik bawang sekalian, ketahuilah bahawa tiada satu pun yang dapat menghalang ketentuan daripada Allah. Mereka sudah melakukan pelbagai usaha. Usahlah kita menambah luka di hati mereka. Sebaiknya, doakan sahaja yang terbaik buat mereka. Silaturahim terjaga, pahala pun dapat.

 

Terima kasih semua kerana membaca artikel ini, semoga mendapat manfaat hasil perkongsian ini. Jangan lupa ikuti saya di media social FACEBOOK, INSTAGRAM, YOUTUBE ataupun di TWITTER

 

Semoga berjumpa lagi!

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments