Assalamualaikum semua. Dalam post kali ini, saya akan berikan tips merupakan perkongsian untuk anda jadi ‘Customer Service’ yang luar biasa, mudah didekati dan selesa di pihak pelanggan. Senang kata, jika cara anda Luar biasa, senang nak closed sales dan customer selesa dan suka dengan anda. Bila dah suka, nanti mereka akan beli atau deal lagi dan lagi dengan anda hehe
Pesan Mo Hardy, ‘Customer service is an ATTITUDE, not a department’
Tips hari ini saya rangkulkan dalam 4 Arts – acronym A . R . T . S dalam customer service. Semoga anda dapat sesuatu yang bermanfaat jika bukan anda, mungkin untuk staff atau kenalan anda. SHARE banyak2 ya hehe
1. Attention
Berikan perhatian sepenuhnya kepada pelanggan. Hadapkan badan secara berhadapan dengan mereka. Anda boleh bersalaman dan menyentuh mereka di bahagian lengan bagi yang sama jantina. Simpan telefon bimbit dan dengar apa yang mereka perkatakan. Anda juga boleh ulang ayat terakhir atau tanya soalan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Lihat pada mata mereka sewaktu berkomunikasi. Anda juga boleh mengangguk-anggukkan kepala mengikut kesesuaian. Ukirkan senyuman agar suasana menjadi mesra dan ceria.
2. Respect
Hormati pelanggan dengan panggilan Tuan/Puan/Cik Puan. Apabila seseorang berasa dihormati, mereka akan berasa diterima. Lontaran suara perlulah bersesuaian agar mereka berasa selesa berkomunikasi dengan kita. Jika ada perkara yang kita kurang atau tidak bersetuju, jangan pula kita bertikam lidah. Sebaiknya, kita iyakan sahaja agar tidak menimbulkan konflik. Bukanlah kita menjadi lemah pendirian, namun di sebalik ketidaksepakatan itu, ada sesuatu yang lebih penting untuk kita pertahankan iaitu hubungan baik antara kita dengan pelanggan.
3. Time
Hormati masa pelanggan. Jika sudah bertemu janji pada pukul 3 petang, kita perlulah datang lebih awal, sekurang-kurangnya 10 minit sebelum, lebih-lebih lagi jika mereka sangat menitikberatkan ketepatan masa. Biar kita menunggu, jangan sesekali biarkan mereka yang menunggu. Kita sedia maklum bahawa jalan raya di Malaysia seringkali sesak, lebih-lebih lagi sewaktu hujan. Cuaca pula tidak menentu. Oleh yang demikian, rancanglah perjalanan anda agar selamat sampai ke destinasi dalam tempoh yang diinginkan. Atau, anda juga boleh menaiki pengangkutan awam yang mempunyai selang waktu yang dekat seperti MRT dan LRT. Oh, ya. Grab pun ada kalau anda mahukan privasi dan kepantasan masa.
Nak handle customer yang tengah MARAH? Baca Tipsnya disini >> 8 Teknik hadapi pelanggan marah & mengamuk
4. Solution
Beri atau cadangkan solusi kepada pelanggan atau customer anda. Sekiranya mereka mempunyai masalah, selain menjadi pendengar yang baik, kita juga boleh membantu dengan mencadangkan solusi kepada mereka. Misalnya, jika dia menghadapi masalah dengan pasangan, kita boleh mencadangkan agar dia pergi ke kaunselor atau menghadiri seminar komunikasi untuk mengurangkan masalah komunikasi antara dia dengan pasangan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda. Jangan lupa SHARE ilmu ini untuk manfaat orang lain juga ya. Ikuti saya di Facebook dan Youtube untuk lebih banyak tips dan perkongsian.
Terima kasih ..sgt berguna pada saya utk saya tingkatkan lagi dan perbaiki kelemahan saya
Terimakasih
Alhamdulillah sama-sama