November 28, 2017 admin

4 perkataan yang menurunkan KREDIBILITI!

4 perkataan yang menurunkan kredibiliti kita

Hari hari kita berkomunikasi. Kita berkomunikasi dengan pekerja, majikan, keluarga, pelanggan dan orang sekeliling kita. Tapi mungkin kita tidak perasan, apa yang kita ucapkan ada kalanya secara tidak langsung menurukan kredibiliti kita.

 

Seorang professor bahasa dari Pitzer College iaitu Professor Carmen Fought dan Deborah Tannen, penulis “ Taking From 9 to 5 : Women and Men at Work” yang merupakan professor linguistic dari Georgetown University menggariskan, 4 perkataan yang menurunkan kredbiliti kita bila kita berkomunikasi dengan orang sekeliling tidak kira samada staff, majikan, pelanggan atau sesiapa sahaja.

 

 

Jom kita perhatikan adakah gaya bahasa kita menurunkan kredibiliti dalam komunikasi atau tidak menurut kedua dua pakar ini.

 

  1. Gaya bahasa ‘hedges’ : “ Lebih kurang “ “ mungkin “

 

Tannen mengatakan, gaya bahasa ini adalah kata-kata yang kita gunakan apabila kita tidak mahu mengatakan sesuatu secara terang-terangan.

 

Menurut Fought, menggunakan ayat di atas membuat kita kelihatan kurang yakin, dan ianya boleh memudaratkan organisasi kita kerana berasa kurang yakin.

 

Bayangkan kalau kita seorang pelanggan, team sales & marketing team membuat penerangan dengan ayat seperti dibawah…

 

“ Puan, mungkin program kami akan berlangsung awal tahun hadapan..”

 

Atau

 

“ Antara kebaikan produk kami lebih kurang…”

 

Justeru cadangan saya, elakkan dari menggunakan perkataan di atas. Gantikan ia dengan.

 

“ InshaAllah program kami akan berlangsung pada…”

 

Atau

 

“ Alhamdulillah , antara kebaikan produk kami adalah…”

 

Okay? Anda dapat sesuatu ?

 

 

 

  1. Gaya bahasa ‘intensifier’ atau penekanan: “betul betul “ “semestinya..” “ sudah tentu..” dan “ sama sekali “

 

 

Menurut Fought, penggunaan terlalu banyak kata kata seperti ini boleh memberi kesan yang bertentangan.

 

” Ia melemahkan kredibiliti kita bila kita perlu memberitahu yang perjalanan atau trip ini sangat, sangat, sangat hebat. Mungkin ianya tidaklah sehebat yang anda gambarkan “ katanya.

 

Tannen berkata, orang yang menuturkan gaya bahasa penekanan ini juga akan kelihatan dramatik. “Anda menghadapi risiko seolah-olah menjadi terlalu perfect sehingga anda kehilangan kredibiliti,” katanya. “Anda seolah-olah melebih-lebihkan; anda kelihatan hysterical atau diluar kawalan. ”

 

 

Namun tidak disangkal, bahawa ada kalanya produk atau servis kita memang benar benar bagus. Jadi, cadangan saya sekiranya gaya bahasa ini ingin digunakan, ianya bukanlah daripada kita. Biarlah ianya daripada pelanggan yang berpuas hati.

 

Justeru testimoni pelanggan yang berpuas hati sangat penting. Maksudnya, orang lain yang memberitahu bahawa produk atau servis kita memang betul betul bagus dan terbaik.

 

Sehubungan dengan itu kepada pemilik business atau usahawan yang nakkan pelanggan memberikan testimoni yang mempengaruhi orang, seni bertanya juga kena betul.

 

 

 

  1. Perkataan / Fillers: “Like,” “um,” “er,” and “ah”

 

Fought berkata : “ ianya adalah perkataan yang kita gunakan untuk buy time atau space . Ianya merujuk kepada perkataan atau bunyi yang menjadi kebiasaan..”

 

Tannen mengatakan ‘filler’ adalah sesuatu yang automatik dalam percakapan kita dan berlaku di seluruh bahasa..”

 

 

Berdasarkan pengalaman saya juga sepanjang saya mengendalikan program komunikasi dan public speaking, ada 3 sebab kenapa orang menggunakan filler dalam komunikasi:

 

  1. Sebab nak fikirkan perkataan seterusnya.

 

  1. Sebab berasakan dengan filler kita nampak lancar. (Kerana ada orang berpendapat bahawa jika kita diam atau pause, ianya satu kecacatan dalam komunikasi. Sedangkan orang yang mempunyai pengaruh dalam komunikasi berpendapat bahawa diam adalah emas dan orang orang yang berpengaruh dalam berkata kata menggunakan pause.)

 

  1. Sebab ada satu part dalam otak kita iaitu Pre Frontal Cortex menghadapi masalah iaitu kurang rehat, kurang oksigen dan kurang nutrient.

 

Semakin banyak kita menggunakan filler, semakin kurang kredibiliti kita.

 

ARTIKEL BERKAITAN : 2 CARA UNTUK MEMULAKAN PERBUALAN DENGAN ORANG BARU (TIPS BERGUNA)

 

  1. Gaya bahasa ‘appologizing’ atau meminta maaf: “Sorry”

 

Menurut Fought, sentiasa berkata “maaf” boleh menyebabkan majikan mempersoalkan kebolehan kita. ” Kita tidak mahu seseorang yang terlalu menyesali atas segala yang mereka hadapi seumpama mereka tidak yakin dengan idea mereka,” katanya.

sorry - 4 perkataan

Jadi selepas ini kurangkan gaya bahasa apologizing, kerana penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan orang tidak yakin dengan kita.

 

 

Kesimpulan

 

Kesimpulannya, dalam komunikasi kita tidak lari dari mengeluarkan perkataan perkataan di atas. Mungkin sebelum ini kita tidak tahu impaknya apabila kita sering menggunakan gaya bahasa sebegini.

 

Jadi sekarang elakkan daripada penggunaan kata kata yang akan menurunkan kredibiliti kita. Dan untuk lebih ingat, jom kita recap apa 4 gaya bahasa yang menurunkan kredibiliti kita :

 

  1. Hedges: “Sort of,” “kind of,” “pretty much,” and “maybe”
  2. Intensifiers: “Really,” “definitely,” “absolutely,” and “totally”
  3. Fillers: “Like,” “um,” “er,” and “ah”
  4. Apologizing: “Sorry”

 

Semoga kita semua boleh mempengaruhi orang ketika kita berkomunikasi berpengaruh.

 

Ingat Rizal Rashid ingin komunikasi berpengaruh.

 

Like Facebook RIZAL RASHID untuk lebih tips komunikasi

 

Comments (4)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *