4 jenis mentor yang kita perlu ada

4 jenis mentor

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

8 Jan 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat kembali ke blog Rizal Rashid. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan kepada anda  tentang empat (4) jenis mentor yang kita wajib cari untuk kekal sustain dan akhirnya untuk kita konsisten lakukan apa yang kita nak capai dalam hidup. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda semua.

1. Mentor Motivasi.

Mentor jenis ini adalah mentor yang akan bakar motivasi kita. Mereka akan naikkan semangat. Selalunya mereka akan bercakap dalam nada yang laju dan juga enthusiastic.

Walaubagaimanapun ada juga mentor yang akan memotivasikan dengan cara yang sederhana dan biasa biasa tapi mempunyai isi yang akan memberi push factor kita.

Ingat, manusia ni adalah obor yang perlu dinyalakan, bukannya gelas yang perlu diisi air.

Mentor jenis ni boleh cari di youtube. Tonton dan follow mereka. Lagi bagus yang berdepan sebenarnya.

mentor motivasi

2. Mentor Bisnes atau kerjaya.

Jika kita berniaga, kita perlu cari mentor bisnes. Ianya tidak semestinya bisnes yang kita jalankan, malahan mungkin perbezaan itu terlalu jauh dengan bisnes kita sekarang.

Contoh: Kita menjalankan perniagaan pusat tuisyen, dan kita ada mentor bisnes yang menjalankan perniagaan restoran.

Ianya tidak menjadi masalah. Namun mentor ini mestilah yang sudah ada proven record dan result menjalankan perniagaannya dengan berjaya. Jadi kita perlukan tunjuk ajar mereka untuk bimbing kita dalam melihat perkara yang kita tidak dapat lihat.

Jika kita bekerja, cari mentor kerjaya dan ianya tidak semestinya dalam jawatan atau kerja yang kita lakukan sekarang. Contohnya, jika anda adalah seorang akauntan, tiada masalah jika kita bermentorkan seorang Ketua Jabatan atau CEO untuk guide kita bagi perjalanan karier kita

mentor bisnes

3. Mentor teknikal.

Bagi jenis mentor ini, kita perlu cari mentor yang sama dengan bidang yang kita ceburi. Contoh: Bidang saya adalah komunikasi, jadi saya menjadikan Mr Dananjaya Hettiarachchi adalah mentor teknikal saya kerana beliau arif dalam bidang komunikasi.

Jadi jika kita mempunyai bisnes dalam bidang perubatan atau mempunyai klinik, kita perlu ada mentor yang mempunyai bisnes yang sama dan syaratnya mereka mesti lebih Berjaya daripada kita.

Jika kita bekerja sebagai seorang guru, kita perlu ada mentor yang juga merupakan seorang guru dan mereka adalah lebih Berjaya daripada kita.

Rulesnya mudah, untuk mentor teknikal ianya perlu satu bidang dan juga lebih berjaya daripada kita semoga senang untuk kita rujuk dan dengar nasihat mereka.

mentor teknikal

4. Mentor Spiritual.

Bagi jenis mentor ini, kita perlu mencari seorang mentor yang alim atau faqih dalam ilmu agama terutamanya dalam bidang akidah dan hati. Kerana mentor ini akan membimbing kita supaya kita tidak terjerumus kepada perkara yang Allah murka dan sentiasa mengikuti Al Quran dan As Sunnah.

Disamping doa dan istiarah, mereka juga akan guide kita untuk melakukan perkara yang tidak bercanggah dengan syariat Nya.

Justeru, carilah mentor sebagai ‘waze’ atau ‘google map’ dalam bisnes dan karier kita.

mentor spiritual

Nota : Mentor yang terbaik adalah mentor yang boleh kita Tanya atau jumpa secara berdepan atau talaqqi.

Terima kasih dan semoga bermanfaat ya.

Ikuti saya di channel Telegram untuk lebih banyak tips dan perkongsian menarik terutama komunikasi, Klik pada gambar.

telegram channel

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Peranan trainer dan Fasilitator

Peranan trainer dan Fasilitator

Trainer dan fasilitator adalah dua peranan penting dalam bidang Latihan ( training ), khususnya dalam adult learning....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

4 Comments

  1. Wari Akhbar

    Sangat berinspirasi. Terima kasih 🤝😊

    • Rizal Rashid

      Sama-Sama Tuan Wari. Semoga bermanfaat

  2. Rabiatul Fasiha binti Ridduan

    Sngat bestt

    • Rizal Rashid

      Terima Kasih Cikpuan