Hai apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya. Agak lama juga saya tidak menulis di ruangan ini. Hari ini saya nak share tentang ‘Science Of Confident’. Apa itu konfiden dan bagaimana untuk kita membina konfiden di dalam diri kita.
Bila kita sebut tentang sains, ianya ialah satu proses pengumpulan maklumat atau ilmu secara sistematik melalui pemerhatian dan experiment / ujikaji.
1 – Apa itu konfiden?
Dalam bahasa inggeris ialah ‘how sure you are of that judgment’ atau bila di translate ialah bagaimana kita sangat yakin tentang satu-satu judgment itu.
Sebagai contoh, jika ada yang tanya, jika di STF (Sekolah Tun Fatimah),
Ada yang bertanya ‘STF ni di Negeri Sembilan eh?
Anda pun jawab ‘eh bukan lah, STF di Johor’
So bila kita yang dah tahu sesuatu benda itu dan kita memberitahu orang dengan konfiden kerana kita tahu lokasi sekolah tersebut, itulah ‘Konfiden’ dalam contoh yang lebih mudah.
Antara definasi lain juga ialah ‘full trust’ atau ‘strong believe’
Dengan konfiden insya Allah kita dapat merubah karier kita ke 1 level yang luar biasa. Dengan konfiden juga kita boleh pengaruhi pelanggan kita, customer kita dan majikan kita seterusnya dapat meningkatkan sale atau pendapatan syarikat kita.
2 – Kenapa Konfiden itu sangat penting?
Ada dua (2) sebab utama kenapa konfiden sangat penting.
Yang pertama, bila kita konfiden, kita akan nampak attractive regardless of image kita. Konfiden akan menyerlahkan dan menampakkan kita attractive.
Satu kajian dari International journal of cosmetic Science about konfiden, mereka mendapati lelaki yang dipakaikan ‘kolon’ (perfume/ wangi wangian) akan meningkatkan konfiden level. Apabila konfiden level meningkat, mereka akan nampak attractive.
Sebagai seorang usahawan, bisnes owner, majikan, of course kita nak staff, customer tertarik dengan kita supaya mudah untuk kita sampaikan sesuatu dan mereka akan terpengaruh dan respect kita.
Sebagai staff juga, bila ada konfiden dan attractive, mudah untuk kita pengaruhi majikan dan bos kita.
Yang kedua, konfiden insya Allah akan dapat mempercepatkan peningkatan karier kita. Jika kita lihat bos kita, ada ke bos yang tak konfiden? slow? Mungkin ada, tapi jarang tuan-tuan dan puan-puan.
Kalau ada pun mungkin itu company family. Kebiasaanya, mereka yang konfiden akan lebih di percayai, di naikkan pangkat, kemudian di angkat menjadi leader.
Menjadi seorang leader bukanlah mudah kerena ia memerlukan konfiden yang tinggi. Jika ada, insya Allah mudah untuk di naikkan pangkat atau lebih di repect.
BACA JUGA : 4 PERKATAAN YANG BOLEH MENURUNKAN KREDIBILITI!
3 – Ada 4 fasa membentuk konfiden (mengikut DR. LARDON di dalam buku beliau Finding your zone)
Yang pertama (1) ialah mastery experience.
Apa yang anda pelajari, ianya akan menjadi info sahaja. Ianya tidak akan menjadi knowledge / ilmu jika kita tidak experience.
Sebab itu selalu saya tekan kan, belajar komunikasi ini bukan hanya ‘learning communication’ is not about learning, it about ‘learn and practise’
So untuk menjadi seorang yang hebat, anda kena belajar, belajar dan praktis.
Untuk menjadi ‘mastery’ atau nak master dalam satu-satu bidang, ini ada khilaf, cuma apa yang di pesan oleh my mentor, jika untuk mastery communicator, mentor saya pesan saya kena ada 10 ribu jam di atas pentas. ianya khilaf, mengikut industri tersendiri.
So teruskan belajar dan praktis sehingga anda mahir dan master dalam apa jua bidang / industri anda.
Fasa yang kedua (2) ialah pembelajaran berkala. That why, setiap tahun saya sendiri dan team akan keluar belajar dalam bidang kami kerana pembelajaran berkala ini dapat memberi kami input dan teknologi terbaru seterusnya memberikan kami lebih konfiden untuk menyampaikan sesuatu ilmu.
Nasihat saya, pembelajaran yang terbaik ialah secara group, kerana bila secara group atau secara beramai ini, kita bukan hanya belajar dengan mentor atau guru kita, kita juga dapat belajar atas kefahaman rakan-rakan lain yang turut serta.
Kerana tahap pemahaman kita mesti berbeza antara kita dan rakan-rakan lain, oleh itu kita akan dapat sesuatu yang berbeza dari sudut pandangnya. anda faham? Jadi sebab itu saya sangat sarankan pembelajaran secara group. Bukan secara personal.
Fasa yang ketiga (3) untuk membina konfiden ialah Modeling behavior. apa itu modeling behavior?
Dalam hidup, kita ialah PENIRU yang bagus. Setuju?
Kita makan sebab kita tiru cara parent kita makan dulu, cara untuk berjalan, kita tiru orang sekeliling kita berjalan, kita tahu cara membuat sesuatu dulu, kerana kita tengok orang lain dulu.
Sebab manusia ialah MENIRU.
‘Apa kaitannya tuan?’
So untuk build confident, kita perlu model kan seseorang untuk kita tiru.
Sebagai contoh, saya jadikan mentor-mentor saya seperti Mr Dananjaya, Dr Ary dan ramai lagi sebagai model saya. Saya meniru paten mereka bercakap, paten behavior mereka, paten mereka membuat tindakan, paten mereka membuat keputusan. Tiru dan model kan.
Percayalah pada awalnya kita meniru, semakin banyak meniru, semakin ramai model yang kita tiru dan belajar, insya Allah lama kelamaan kita improvise dan akhirnya kita akan menjadi diri sendiri yang orang lain pun tidak akan perasan.
Meniru untuk belajar dan tambah baik diri kita.
Fasa yang terakhir keempat (4) ialah social persuation. Ianya ialah satu dari persekitaran kita. That why, kalau kita nak improve diri kita dan bina konfiden kita, kita perlu berada di dalam lingkungan persekitaran yang betul.
Sebagai contoh, kita berada di dalam industri bercakap, anda perlu jaga persekitaran atau berkawan dengan orang yang punyai passion dan minat yang sama yang akan sentiasa positif dan memberi galakan-galakan yang akan meningkatkan konfiden diri anda.
Insya Allah apabila kita melalui 4 fasa ini, apabila kita ikuti dan melalui nya dengan baik, keyakinan kita tentang sesuatu, keyakinan kita terhadap sesuatu keputusan dan tindakan insya Allah akan lebih berkesan dan meningkat.
4 fasa Ini ialah menurut, Dr. Lardon dalam buku beliau ‘finding your zone’ yang anda boleh tiru dan amalkan untuk tingkatkan level konfiden anda.
So semoga anda dapat sesuatu dari perkongsian hebat ini.
==
Jangan lupa ikuti saya di (klik) Facebook dan Youtube saya. Saya banyak berkongsi tips dari segi penulisan dan video di sana.
Untuk tahun 2019 ini saya anjurkan seminar ‘SPEAK 2019 : Speak With Confidence’
Layari : www.speak2019.com
Terima Kasih
0 Comments