Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Artikel kali ini saya kongsikan sepanjang perjalanan saya bermusafir di Manila, Filipina. Semoga bermanfaat buat anda semua.
Bila saya ke Manila tempoh hari ada banyak perkara yang saya belajar. Dan saya yakin ianya sangat bermanfaat untuk anda semua.
Saya touchdown di Manila Ninoy Aquino International Airport lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sesaknya lebih kurang dekat KLIA juga.
Sampai di ruangan arrival sahaja saya terus tanya dekat information kaunter dekat mana nak beli sim kad. Jadi saya pun ke kaunter yang ditunjukkan. Saya tengok ada 2 booth, satu warna merah dan yang satu warna hijau. Booth yang hijau saya lihat harganya sim kad yang dijual 1,000 peso (kurang lebih dalam RM78) tapi internet unlimited dan booth yang merah 499 peso (kurang lebih RM39) tapi internet hanya 10GB untuk 5 hari. Jadi saya buat keputusan untuk beli yang 499 peso sahaja.
Selepas pembelian sim kad dilakukan, saya pun terus keluar ke tempat menunggu teksi. Ramai juga yang beratur untuk tunggu teksi. Barisannya panjang, mungkin ada lebih kurang 50 penumpang yang sedang beratur sebab teksinya tak banyak. Lenguh juga saya berdiri.
Sementara saya menunggu di tempat teksi, saya bersembang dengan seorang pemuda dalam lingkungan 30an. Dia kenalkan namanya sebagai Alex. Dia kata dia bekerja di New Zealand sudah dua tahun, setiap tahun dia akan balik ke Phillipine. Saya kerap tanya tentang dia dan sesekali dia bertanya tentang saya.
Kami berborak dan ada beberapa tips yang dia bagi sepanjang perbualan kami. Antara yang saya ingat adalah :
Kalau nak cari teksi di airport Manila ni kena cari teksi warna kuning atau airport teksi sebabnya kalau tak, kemungkinan kita boleh dicaj dengan caj yang berlebihan oleh pemandu teksi yang tak bertanggung jawab. Hotel dekat je tapi dia caj mahal.
Yang kedua , dia bagi tips kalau kita first time ke Manila kena wise, sebabnya kalau kita tidak bijak kita mungkin akan tertipu dengan orang yang tak bertanggungjawab.
Dan yang ketiga, kalau nak ucap terima kasih, dalam Bahasa Tagalog disebut “ Salamat “
Saya pun hanya mengangguk dan mengiyakan sahaja dan saya kata..
”..thank you so much, you such a nice guy..”
Selepas teksi tiba, kami pun berpisah
Baca Juga : 2 Jenis pemimpin, anda yang mana satu?
Ada beberapa pengajaran yang kita boleh pelajari dalam situasi ini terutamanya dalam komunikasi.
1. Yang pertama, kalau berjumpa dengan orang yang kita baru kenal, jangan terlalu bercerita tentang kita. Tapi tanyalah tentang mereka kerana lumrahnya orang suka bila kita mendengar cerita mereka.
2. Yang kedua, jadilah orang yang fokus dan mendengar dan bukan selalu memotong percakapan orang lain.
3. Yang ketiga, hargai mereka dengan mengucapkan terima kasih dan puji mereka diakhir perbualan.
Jika kita mempraktikkan ketiga tiga elemen ini inshaAllah orang yang baru berjumpa dengan kita akan senang berbual dengan kita. Percayalah, jika mereka selesa dengan kita mereka akan tanya nombor telefon atau bertanya macamana nak berhubung dengan kita selepas ini. Dan akhirnya mereka akan jadi network baru kita.
Anda ada pengalaman bercuti dan bermusafir ke negara orang? boleh kongsikan di ruangan komen ya. Semoga bermanfaat
ikuti saya di media social untuk lebih info & tips mengenai komunikasi:-
terima kasih tuan atas perkongsian yang sungguh bermanfaat ini.
Saya ada pengalaman ke Jepun pada hujung tahun lepas. Saya juga macam tuan, tidak menggunakan agen.
Apa yang saya dapat bezakan antara melancong dan mengembara. Jika melancong, menggunakan agen, semua tersedia, makan, transport dan sebagainya kemudahan tersedia. Jika mengembara, semua urusan kita sendiri yang kena buat. 1 pengalaman yang tidak dapat dilupakan sehingga kini adalah apabila handbag kakak saya tertinggal ditoilet semasa kami berada di nara station. dalam masa 5 minit, tengok semula ditoiet tidak ada. kami laporkan kepada pegawai di situ, sayangnya, perempuan tersebut tidak fasih berbahasa inggeris. kami mencari alternatif lain, dengan mencari pegawai yang memakai tanda nama ‘english’. akhirnya, kami dapat menjumpai handbag tersebut di balai polis berdekatan. setelah dibantu tunjuk arah oleh pegawai yang pandai berbahasa inggeris. Syukur semua barang ada lengkap, tidak ada yang hilang 1 pun. (kami langsung tidak perasan bagaimana handbag tersebut di bawa keluar daripada toilet kerana kami masih ada dihadapan sinki untuk mengambil wudhuk).
pengajarannya daripada peristiwa ini:
1. Beza antara melancong dengan mengembara
2. Perlu mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, namun ada sesetengah negara yang tidak mengaggungkan bahasa tersebut (Jepun & Arab Saudi)pengalaman saya di 2 buah negara tersebut. Kena belajar juga bahasa negara mereka.
3. Atitude orang Jepun sangat saya kagumi, kerana handbag yang dijumpai, tidak ada 1 barang pun yang hilang di dalamnya. Walaupun handset dan beg duit. (Di Malaysia, tertinggal charger di dalam dewan sekolah, tengok semula pon dah lesap x sampai 1 hari… hahaha…)
itu sahaja pengalaman yang saya dapat kongsikan. Tq tuan Rizal dapat luangkan masa baca celoteh saya…
Terbaik CikPuan, perkongsian yang menarik. Sangat berguna untuk saya jika ke Jepun nanti 😉
Terima kasih, boleh saya praktikkan bila ke Filipina nanti.
Alhamdulillah boleh tuan 😉
Perkongsian yang sangat menarik. Terima kasih tuan.
Alhamdulillah