January 16, 2018 admin

Untuk Berjaya, Anda Perlukan S.I.K.A.P !

Champions team

Tahun baru 2018 adalah satu peluang untuk kita capai apa yang kita cita citakan dan apa yang belum kita capai pada tahun sebelumnya untuk berjaya.

Mungkin ada yang frust sebab apa yang kita azam tahun lepas tak dapat, sampaikan tahun baru ni kita tak nak berazam, sebab nanti kita kata..” Ahh sama ja dengan tahun lepas..”

Tapi bayangkan kalau kehidupan kita tak sama dan lebih baik daripada tahun lepas, amacam ?

Mesti kita nak kan?

Di sini saya nak share cara untuk upgrade diri kita supaya tahun 2018 lebih baik dari tahun sebelum nya.

.

Jangan lupa Salin dalam nota anda ya..

.

Orang Berjaya mesti ada SIKAP. Apa dia SIKAP ?

 

S = Sifu

Kalau dalam smartphone kita ada waze atau google map untuk tunjuk jalan dan supaya kita tak sesat apatah lagi dalam kehidupan.

Dalam hidup, kita perlu ada waze atau google map. Untuk apa waze dan google map dalam hidup? Supaya kita minimumkan kesalahan dan kita dapat capai apa yang kita inginkan.

Kalau kita bisnes owner, kita nak bisnes kita berkembang dengan cepat, kita nak sales kita naik.

Kalau kita seorang professional, kita nak kita mendaki tangga tangga karier dengan pantas.

Kalau kita seorang usahawan, kita nak ramaikan network, ramaikan agen dan stokis.

Jadi untuk mencapai apa yang kita nak dengan pantas, kita perlu ada SIFU. Sifu itulah waze atau google map kita.

 

Tips mencari sifu adalah , cari sifu yang Berjaya dan punya result.

 

I = Ilmu

Untuk Berjaya di dunia mesti dengan ilmu, untuk Berjaya di akhirat mesti dengan ilmu. Jika nak Berjaya dunia dan akhirat kena dengan ilmu.

Justeru untuk Berjaya mesti ada ilmu. Carilah dan tuntutlah ilmu. Dan the best part is sekarang ni banyak channel untuk dapatkan ilmu.

Anda juga boleh subscribe channel saya untuk pelajari ilmu ilmu dalam komunikasi.

Ilmu sifatnya dicari atau didatangi, bukannya ilmu itu datang sendiri tanpa usaha. Jadi carilah ilmu, belajar daripada orang orang yang punyai result, hadir ke seminar dan majlis ilmu supaya lebih banyak ilmu yang kita ada di dada.

Mentor saya selalu pesan.

“ Kejahilan akan datang bila datangnya 2 perkara , yang pertama , bila kita rasa kita berilmu, dan yang kedua, bila kita berhenti menutut ilmu.”

 

 

K = Komunikasi

Kita tidak boleh hidup seorang diri. Untuk mencapai sesuatu kita perlukan orang lain untuk capai apa yang kita inginkan.

Justeru bila sebut tentang perlukan orang lain, kita perlukan komunikasi supaya kita boleh sampaikan hasrat kita kepada orang sekeliling. Kita boleh sampaikan hasrat kita kepada majikan kita, kepada staff kita, kepada anak anak kita, kepada pasangan kita, kepada pelanggan kita dan kepada orang disekeliling kita.

Dan bila kita sebut tentang komunikasi , antara kunci kejayaan seseorang adalah dengan komunikasi.

 

Berapa ramai antara kita pernah melihat seseorang yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tapi Berjaya dalam bisnes. Ataupun pernah tak kita mendengar seseorang Berjaya dalam kerjaya nya dan selalu memberi inspirasi kepada orang ramai.

Cuba anda perhatikan , orang orang ini mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus. Mereka ‘confidence’ bila bercakap dan apa yang mereka perkatakan itu ‘convincing’ .

Pernah tak kita dengar seorang yang dinaikkan pangkat menjadi pengurus atau pemimpin di satu satu jabatan atau unit, tapi diam saja. Tak pernah bercakap dengan orang. Tup Tup, boss dah naikkan pangkat dia. Memang tak ada kan.

Selalunya orang yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik akan mudah mendapat tempat dan mudah untuk mendaki tangga tanggan karier mereka.

Anda juga boleh subscribe channel youtube saya untuk mempelajari ilmu komunikasi supaya anda juga boleh menguasai ‘kunci kejayaan’ ini.

 

 

A = Aras tenaga tinggi (High level energy)

 

Setiap perkara adalah tenaga. Kita adalah tenaga, apa yang kita tuturkan adalah tenaga. Apa sahaja yang berada disekeliling kita adalah tenaga.

Namun apakah yang membezakan kita dengan yang lain adalah, tenaga kita lebih tinggi daripada mereka.

Secara logic, jika kita mempunyai pilihan nak beli smart phone yang mempunyai kapasiti bateri yang lebih tahan lama berbanding yang tidak tahan lama, agaknya apa yang kita pilih ? (dengan anggapan spesifikasi dan harga yang sama). Sudah tentu yang punyai kapasiti bateri yang lebih tahan lama bukan ?

Sama juga dalam perlumbaan. Untuk memenangi satu satu perlumbaan, kita bukan sahaja perlukan strategy, latihan dan juga sokongan, namun kita juga perlukan energy untuk memastikan kita sampai ke garisan penamat. Sehebat manapun strategy, latihan dan sokongan tapi kalau tiada energy, kita tidak akan dapat memenangi perlumbaan tersebut.

 

Jadi dalam kehidupan kita juga sama. Untuk kita mencapai sesuatu itu perlukan energy sebabnya, ‘Success Require Energy’.

Bagaimana untuk mempunyai tenaga tinggi atau high level of energy ?

Guru saya selalu pesan, “ Iman itu naik dan turun..”

Sama juga dengan energy. Energy kita naik dan turun. Ada kalanya kita bersemangat, tapi ada kalanya kita down dan tiada mood serta seumpamanya.

 

Jadi nak kekalkan energy itu, kita perlu sentiasa hadir ke majlis majlis ilmu. Sebabnya energy itu datangnya daripada hati. Dan makanan hati adalah ilmu.

 

BACA : [ELAKKAN] 4 perkataan ini yang menurunkan KREDIBILITI!

 

P = Platform

 

Untuk Berjaya kita perlukan platform. Berapa ramai antara kita yang nak buat bisnes, tapi tak tau macamana nak mula.

Berapa ramai antara kita yang mempunyai bakat yang bagus dalam bidang nyanyian tapi mereka tak dapat serlahkan sebab tak ada platform. Ataupun ada yang mempunyai bakat dalam sukan tapi tidak ke mana mana sebab tak dapat platform untuk menyerlahkan bakat.

 

Justeru platform sangat penting untuk kita Berjaya. Sekiranya kita masih bekerja, tempat kerja kita adalah platform. Jika kita buat bisnes, bisnes itu adalah platform atau jika kita adalah agen ataupun dropship, produk kita adalah platform untuk kita melakukan sesuatu.

 

Kesimpulannya, sekiranya kita mempunyai SIKAP dan kita buat the best apa yang kita buat sekarang, inshaAllah kita akan dapat capai apa yang kita cita citakan pada tahun 2018.

 

Ramai orang nak Berjaya dan nak capai sesuatu. Itu bagus kerana kita sudah ada aim atau goal. Tapi ianya tak bagus sekiranya kita masih percaya pada sikap bertangguh, relax, chill, dan buat sambil lewa (Attitude). Dua keadaan ini sepatutnya balance dan percayalah, sekiranya kedua dua ( Aim dan Attitude   ) ini selari, apa yang anda nak capai mesti dan inshaAllah dapat.

Semoga sharing ini memberi manfaat kepada kita semua. So untuk berjaya anda perlukan SIKAP.

 

Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, jangan lupa untuk hadir ke Program terbaru saya iaitu SPEAK 2018 : Speak With Confidence pada :

3 Febuari 2018 (Kuala Lumpur)

9 Febuari 2018 (Johor Bahru)

11 Febuari 2018 (Kota Kinabalu)

24 Febuari 2018 (Kuala Lumpur)

speak2018

Anda boleh pilih ikut lokasi dan tarikh yang sesuai untuk anda. Saya akan kongsikan tips dan teknik untuk menjadi komunikator yang berPENGARUH, KONFIDEN dan BERKREDIBILITI.

.

Bayangkan jika anda berkomunikasi dengan customer atau client tapi tak KONFIDEN dan tak BERKREDIBILITI. Rasa-rasa senang ke nak CLOSE Sale?

.

Saya sedia BANTU anda untuk naikkan KONFIDEN level ketika berKOMUNIKASI supaya customer & client anda suka dengan anda.
.
Supaya staff dan agen-agen anda hormat, ikut dan dengar apa yang anda sampaikan. Mereka jelas dengan matlamat anda dengan asbab KOMUNIKASI anda baik dan lancar.

.

Untuk pendaftaran dan maklumat harga pakej, lokasi dan sebagainya,

Layari ==> www.speak2018.com

Layari ==> www.speak2018.com

p/s : PROMOSI beli 1 PERCUMA 1 seat untuk anda yang terawal.

Sebarang Pertanyaan, Hubungi 019 885 7600 atau 0112 600 0112

 

Ikuti saya di Facebook untuk lagi tips komunikasi.

 

 

 

Comments (10)

  1. Nfarahdiana

    Alhamdulillah
    Terima kasih banyak2
    Elmu yang sangat bermanfaat
    Doakan saya dapat buat tindakan
    Dengan betul.

  2. Wan zuraida wan ismail

    Salam..Tuan Rizal..trm kasih banyak2 atas ilmu yang dikongsikan..rasa bersemangat setiap kali membaca tips dari Tuan..saya berminat untuk sertai kelas yg bakal dianjurkan Tuan Rizal..maaf tanya ada turun KB tak nanti..

    • admin

      terima kasih. Setakat ini kami ada di KL, JB dan KK. insya Allah jika ada rezeki akan ke pantai timur juga. doa-doa kan ya

  3. lily

    mohon tahu.. sekiranya tuan mengadakan sebarang kelas/kursus pengucapan awam di sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *