Bila anda bercakap, orang dengar.
Bila anda bercerita, orang ikut.
Speak To Influence — program 2 hari Public Speaking & Storytelling yang membedah pattern komunikasi pemimpin paling berpengaruh dunia, dan melatih anda menggunakannya di pentas, dalam mesyuarat dan di depan team anda sendiri.











dan banyak lagi
Anda pakar dalam bidang anda. Tapi kepakaran tak bercakap sendiri.
Isi padat — tapi audien dah hilang fokus sebelum anda sampai ke point utama.
Anda bercakap, team angguk — tapi esoknya tiada siapa yang bergerak.
Orang yang kurang pakar daripada anda pula yang dipilih, dipercayai dan diikut.
Masalahnya bukan ilmu. Masalahnya cara ilmu itu disampaikan. Dan cara itu ada pattern — boleh dipelajari, dilatih dan digunakan esok pagi.
5 suara yang menggerakkan jutaan manusia.
Anda tak perlu jadi mereka. Anda perlu faham pattern mereka, kemudian bina versi anda sendiri.
Bagaimana senyap beberapa saat membuatkan satu dewan menunggu ayat seterusnya.
Satu idea, satu mesej, satu momen yang orang ingat bertahun-tahun.
Mengubah perjalanan hidup sendiri menjadi mesej yang orang percaya.
Ayat yang diulang sehingga ia menjadi milik audien, bukan lagi milik penceramah.
Bahasa mudah, nada tenang — tetapi membawa autoriti yang sukar dibantah.
Nama dan gambar digunakan untuk tujuan analisis pendidikan sahaja. Tiada kaitan atau sokongan daripada individu terlibat.
Hari 1 anda belajar diikut. Hari 2 anda belajar didengar.
Ini bukan webinar. Ini gelanggang latihan.
Anda tak datang untuk dengar orang bercakap selama 2 hari. Anda datang untuk bercakap, bercerita dan diperbaiki — sambil terinspirasi melihat peserta lain berubah depan mata.
Pattern dan teknik diterangkan dengan contoh sebenar.
Bedah klip ucapan pemimpin dunia, satu per satu.
Anda sendiri naik "pentas" — kamera dibuka, suara anda didengar.
Feedback khusus apa yang perlu dikekalkan dan apa yang perlu diubah.
Jika kerja anda memerlukan orang untuk mendengar, percaya dan bertindak.
Terutamanya jika anda selalu memberi ucapan, taklimat atau perhimpunan — dan mahu team anda keluar dewan dengan semangat, bukan sekadar maklumat.
Rizal Rashid
Lebih sedekad dalam industri pembangunan insan, Mohd Rizal Abd Rashid memfokuskan pendekatan praktikal berasaskan realiti bisnes. Modul beliau dirangka khusus untuk membina keyakinan dan pengaruh berintegriti, bukan sekadar teori kosong.
Beliau telah melatih lebih 72,000 pemilik bisnes, pemimpin dan profesional daripada pelbagai industri serta sektor kerajaan. Misi beliau jelas: membantu setiap individu memimpin diri, memimpin orang lain, dan mencipta impak menerusi kemahiran komunikasi yang berstruktur dan beretika.
Satu ucapan yang meyakinkan boleh membuka pintu yang bertahun-tahun tertutup.
Naik pangkat. Tutup deal. Dapat sokongan. Team yang bergerak tanpa perlu disuruh dua kali. Semuanya bermula dengan cara anda bercakap dan bercerita.
Masih ada soalan?
Saya gemuruh bila bercakap depan orang. Sesuai ke?
Sangat sesuai. Program ini direka untuk semua tahap — dari yang baru bermula hingga yang selalu di pentas tapi mahu lebih berpengaruh.
Program online — boleh ke buat praktikal?
Boleh. Praktikal dijalankan secara live dengan kamera dibuka, dalam kumpulan yang kecil supaya setiap peserta dapat giliran dan feedback.
Apa yang perlu saya sediakan?
Laptop atau telefon dengan kamera dan mikrofon, internet yang stabil, dan ruang yang tenang selama 2 hari program.
Ada rakaman jika saya terlepas sesi?
Tiada rakaman disediakan. Program ini dijalankan secara live dan interaktif sepenuhnya, jadi pastikan anda dapat hadir pada kedua-dua hari.
Boleh daftar untuk team atau organisasi?
Boleh. WhatsApp kami di 011-2600 0112 untuk pendaftaran berkumpulan.
