[ut_one_half]
Sebelum tahun 2001 saya berasa kemahiran komunikasi dan public speaking tiada kena mengena dengan saya. Pada masa itu juga saya rasakan, komunikasi dan public speaking hanya untuk lawyer, pensyarah, sales person dan seumpamanya. Masa tu saya yakin yang saya tak boleh bercakap depan orang ramai, masa tu saya sangat yakin bila saya bercakap orang takkan faham mesej saya dan masa tu juga saya yakin yang saya dilahirkan ‘Biasa Biasa’.
Namun ada satu perkara yang terjadi pada tahun 2001 yang membuatkan saya sedar bahawa kualiti kehidupan adalah bergantung pada kualiti komunikasi dan saya juga perhatikan, orang orang yang berjaya kebanyakkannya menguasai kemahiran public speaking..
Bermula daripada saat itulah pandangan tentang komunikasi dan public speaking telah berubah sama sekali.
[/ut_one_half]
[ut_one_half_last]
Setelah melalui beberapa proses, pembacaan, pemerhatian dan berguru dengan mentor, saya semakin faham kenapa dulu saya berpandangan begitu, kenapa saya fikir begitu, kenapa saya rasa dan sering mendengar ketakutan ketakutan itu..
Dan KINI, saya sangat yakin bahawa setiap orang juga mempunyai potensi dalam apa juga bidang yang diceburi.
Antara formula yang saya gunakan semasa beberapa tahun dulu adalah FORMULA 3 ‘C’
Apa itu 3 “C”? ( C adalah awal huruf bagi Change )
Change Myself
Change My Friend
Change My Routine
SEKARANG, saya banyak berkongsi tentang kemahiran pengucapan awam dan komunikasi di seminar, bengkel, blog, facebook dan sebagainya. Dan ramai yang bertanya, KENAPA saya buat apa yang saya buat sekarang.
Jawapannya mudah..
” Communication is Life, bila kita kuasai komunikasi kita akan kuasai kehidupan kita inshaAllah..Public Speaking is a tools untuk kita sampaikan mesej mesej yang baik kepada orang ramai..”
[/ut_one_half_last]