Hai semua. ini adalah topik yang sangat best yang saya nak kongsikan. Teknik dalam Eye contact. Dalam komunikasi ‘EYE CONTACT‘ adalah sangat penting dan memainkan peranan yang sangat besar. Ia umpama aset bernilai untuk menjadikan anda lebih berkeyakinan dan berkredibiliti tinggi.
Ada yang berpendapat bahawa, sekiranya kita berbual dengan sesorang dan TIDAK MELIHAT MATA orang yang kita sedang berbual, mungkin kita tidak bercakap benar, tidak ikhlas atau tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka. Pandangan ini subjektif tapi ada benarnya..
Bagi mereka yang pemalu, melihat muka atau mata seseorang bukanlah sesuatu yang mudah. Saya faham tu tapi anda kena usaha dan praktik kan dan saya akan berikan tekniknya (serius mudah dan anda boleh amalkan) dalam artikel ini.
Namun ada sesetengah orang pula, mereka berasa TIDAK SELESA dengan ‘Eye Contact‘ yang keterlaluan. Ada yang akan cuba mengalihkan pandangan mereka. pernah anda lalui?
Ada teknik yang boleh digunakan terutama buat anda yang mungkin sedikit malu nak memandang mata atau membuat eys contact ini. Antara cara nya ialah dengan “DISENGAGE Eye Contact” selepas 7 SAAT, dan pandanglah ke dahi atau antara dua kening. Set kan di satu lokasi dan lihat la di tempat itu.
Selepas beberapa saat, anda ‘engage’ semula ‘eye contact’ dan lakukan secara ‘Natural’. Dapat ke dapat?
Namun jangan pula ‘disengage eye contact‘ dengan memandang bahagian dagu dan ke bawah, terutamanya terhadap kaum wanita. Ini pantang larang dalam eye contact ok. Ia boleh menimbulkan pelbagai tanggapan dan masalah ya. Jangan sekali-kali anda lakukanya.
Ok itu lah tekniknya dan semoga ianya bermanfaat untuk anda, Jangan lupa kongsikan dengan yang lain ya dan praktikkan ok. Ikuti saya di social media untuk lebih input dan info dalam komunikasi. Join Telegram Channel saya juga untuk update-update terkini dan tips komunikasi. Klik pada gambar ya
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks