SPEAKER /KOMUNIKATOR YANG BAIK ADALAH PENDENGAR YANG BAIK

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

3 May 2015

Satu hari saya berjumpa dengan Al-Faadhil Ustaz Muhammad Bin Abdullah Al-Amin bagi tujuan menjemput ustaz memberikan perkongsian dalam seminar yang akan saya anjurkan tentang topik pengucapan awam.

Secara peribadi saya sangat suka cara penyampaian ustaz yang bersahaja dan santai walaupun membincangkan topik topik yang berat.

Sepanjang perbualan selama sejam dengan beliau, saya perasan satu perkara, beliau akan memberikan sepenuh perhatian dan tidak memotong percakapan saya. Selepas saya selesai barulah ustaz memberikan pandangan dan respon.

Selain daripada beliau, saya juga pernah berjumpa dan bercakap dengan beberapa tokoh seperti YBhg Datuk Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah, Dr Tg Asmadi, Dr Azizan Osman, Datuk Aznil Hj Nawawi, Tuan Fadzli Yusoff dan ramai lagi. Mereka juga mempunyai karakter yang sama.

Cuba kita perhatikan Dr Zakir Naik. Beliau juga akan mendengar sebelum beliau memberikan komen dan jawapan bagi segala pertanyaan dan kalau kita perasan speaker speaker hebat antarabangsa juga mempunyai karakter ‘pendengar yang baik’.

Justeru, dapat disimpulkan disini bahawa, untuk menjadi speaker / komunikator yang baik, kita perlu :

i. Menjadi pendengar yang baik
ii. Memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada orang yang bercakap dengan kita.
iii Tidak memotong perbualan.

Allahu’alam

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments