Nak Berjaya tanpa Berusaha

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

23 Aug 2022

Kali ni topik kita adalah tentang konsep Law Cause and Effect versus Value. Anda mesti fikir macam berat je topik ini tuan… Okay sebelum kita nak bahas topik ini, apa kata saya berikan satu situasi lebih kurang macam ini. Pernah tak dalam hati kita bercakap, bermonolog ataupun berkata-kata,

“..sampai bila aku nak jadi macam ni ataupun kenapa aku tak berjaya macam si A ya..”

contohnya, kita tengok si A ini dimana beliau adalah kawan kita, satu sekolah dengan kita sama-sama batch dengan kita. Kita tengok wahhh dia ni Berjaya.

Contohnya, dia sudah menjadi penjawat awam yang mungkin dia memiliki duit yang lebih tinggi daripada kita ataupun dia mungkin seorang pemilik syarikat bisnes ataupun dia seorang Founder yang dimana kita sama-sama membesar dengan dia, kita macam kenapa ya aku tak berjaya macam dia?

Pernah tak anda rasa ataupun bermonolog macam tu ataupun pernah tak kita bermonolog dalam diri kita, kita rasa ataupun kita cakap dengan diri kita,

“..kenapa aku tak boleh beli ataupun aku tak boleh capai apa yang aku cita-citakan..”

Pernah tak dengar ataupun bermonolog sebegitu, kalau anda pernah melalui situasi itu ataupun sedang melalui situasi tersebut adalah kerana mungkin sebab konsep Law Cause And Effects versus Value ini.

Walaubagaimanapun, sebelum ni saya pernah kongsikan dengan anda bahawa dalam hidup ini kita kena percaya pada Tiga Hukum ini.

TIGA HUKUM PERLU PERCAYA

Pertama adalah hukum Alam, “Law of Nature”. Maksudnya, contoh kalau api itu panas, jadi api di Cairo dengan api di Malaysia juga sama panas ataupun contoh lain adalah ais, ais dia punya hukum memang sejuk. Jadi ais di Pahang dengan ais di UK juga sama sejuk , so itu adalah konsep “Law of Nature”.

Yang kedua adalah “Law of Cause and Effect” . Hukum sebab dan akibat adalah hukum yang mana kalau kita bersungguh-sungguh kita akan dapat. Pernahkah anda dengar satu penyataan iaitu

“… man jadda wa jadda…”

Kalau siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat so itu adalah konsep ” Law of Cause and Effect “.

Seterusnya, hukum yang ketiga adalah hukum Qadha’ dan Qadar ataupun kata mudahnya ketentuan daripada Tuhan. Oleh itu, ketentuan tuhan ini adalah satu perkara yang sudah termaktub, yang sudah tertulis.

Tambahan lagi, ada sesetengah-sesetengah orang kita lihat dia rajin tapi dia punya kehidupan sama dan dia pun macam kenapa ya dia ini bekerja dengan sangat rajin tapi dia punya result tu sama je. Itu adalah mungkin dia punya Qadha’ dan Qadar itu belum lagi direzekikan untuk berjaya di tahap itu ataupun di umur itu. Mungkin keberjayaan dia pada umur dia 50 ataupun 65 contohnya.

Jadinya kalau kita faham ketiga-tiga hukum ni kita akan pastikan kita berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah SWT rezekikan perkara-perkara yang baik dalam hidup kita dan kita akan buat sungguh-sungguh kerana kalau kita buat kita akan dapat “RESULT” yang bersungguh-sungguh.

Okay berbalik semula ke topik utama kita kali ini yang ingin saya kongsikan dengan anda adalah kenapa kan kadang-kadang kita rasa macam kenapa ya aku tak boleh berjaya macam orang ni, macam kawan kita itu atau dengan sesiapa saja la kan.

Ini kerana mungkin dia ada kena-mengena dengan konsep…

“ Law Of Cause And Effect Versus Value”

Dalam hidup kita ini dia akan terjadinya situasi berkenaan konsep hukum sebab dan akibat. Maksudnya, kalau kita melakukan sesuatu, resultnya insya-allah kita akan dapat sesuatu itu. Itulah konsep “Law of Cause and Effect“.

Kemudian, perkara kedua yang saya nak anda tahu adalah adalah konsep “Value”. Ia bermaksud tentang apa yang kita percaya tentang diri kita, jadi apa kena-mengena konsep ini dengan kita punya pencapaian dalam hidup.

apa kaitan antara kedua-dua konsep hukum ini?

Kaitannya adalah kerana mungkin contohnya begini, kita nak berjaya…

mungkin sebab kita nak naik pangkat..
mungkin sebab kita nak capai sejuta yang pertama dalam akaun bank kita..
mungkin sebab kita nak jadi seorang founder yang hebat..

tapi Value kita lebih percaya tidur daripada berusaha bersungguh-sungguh, kita lebih percaya membuang masa dengan benda-benda yang tidak menaikkan value kita berbanding usaha bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, bila kita faham tentang konsep “ Law of Cost and Effect versus Value” ini, insyaAllah mungkin itu yang berlakunya situasi tak “SYNC” dalam kehidupan kita sebab  mana mungkin orang yang berjaya, nak berjaya dan capai kejayaan dia namun dia percaya bahawa buat kerja ala kadar sahaja sudah cukup kerana itu kepercayaan dia.

Semoga anda dapat sesuatu, Terima kasih dan sebarkan ya!

Saya perkenalkan sebuah program terbaru bertajuk ‘Berani Bercakap’ dengan susunan modul yang teratur dan lebih berimpak tinggi. That why kami anjurkan program ‘Berani Bercakap‘ dengan fokus nak bantu mereka yang hadapi masalah dalam komunikasi yang perlukan bantuan sebaiknya.

JUALAN SUDAH DIBUKA SEKARANG ke Seminar BERANI BERCAKAP bagi promosi #MERDEKAPROMO ! Serendah RM30 sahaja.

DAFTAR SEKARANG DI SINI ——————» https://rizalrashid.com/bb

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments