Kita Niat, Kita Dapat. (Ayat berima)

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

9 May 2015

Beberapa tahun dulu, bila hadir ke mana mana majlis sebagai tetamu atau menjadi peserta, saya selalu akan lihat dan dengar pengacara majlis serta rasakan perjalanan majlis tersebut.

Jika ada yang tidak kena, saya akan beritahu diri saya bahawa saya tidak akan ulang kesilapan mereka. Tapi selepas beberapa ketika, ianya seolah olah seperti mencari kesalahan. Dan kita semua tahu, bila kesalahan yang kita focus, maka kesalahanlah yang kita jumpa.

Kemudiannya saya tukar niat itu tadi dengan membisikkan pada diri sendiri “Saya ingin belajar sesuatu daripada pengacara dan majlis ini..”

Nyata ianya memberi impak berbeza, saya pasti akan dapat sesuatu pelajaran yang baharu..

Sebagai contoh ayat berima ini
——
Hadirin sekelian
Kalau nak tahu besarnya padang tanyalah belalang
Kalau nak tahu dalam nya lautan tanyalah ikan
Kalau nak tahu tingginya gunung tanyalah helang
——-

* Ayat berima ini boleh digunakan apabila ingin menjemput tenaga pakar memberikan perkongsian.

Menariknya, saya belajar daripada seorang mahasiswa tahun pertama. Beliau mengacarakan majlis orientasi kolej kediamannya.

Kesimpulan
Pembelajaran itu datang dari pelbagai sudut. Ilmu itu datang dari pelbagai peringkat usia. Niatkan yang baik, terbukalah yang baik baik.

Kita niat, kita dapat.

Allahua’lam

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

2 Soalan Power Seorang LEader

2 Soalan Power Seorang LEader

Selamat kembali ke blog Rizal Rashid. Dalam penulisan kali ini, saya nak kongsi tentang 2 soalan power seorang leader....

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments