4 sebab penggunaan ‘storytelling’ dalam komunikasi sangat bermanfaat

storytelling

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

21 Jun 2019

Hai apa khabar, semoga sihat selalu. Terima kasih kerana membaca artikel saya ini. Untuk artikel kali ini saya nak berkongsi tentang ‘4 sebab penggunaan ‘storytelling’ dalam komunikasi sangat bermanfaat’. Kalau anda pernah hadiri program saya, pasti anda perasaan yang saya suka bercerita. Banyak cerita yang saya bawa dan kongsikan kepada para peserta atau yang pernah hadir ke kelas atau program saya. Nak tahu sebabnya? ini 3 sebabnya, selamat membaca!

Audience / pendengar akan lebih fokus memberi attention perhatian

Ramai yang tak tahu, antara Teknik nak ‘grab audience attention’ adalah dengan bercerita atau storytelling. Kaedah ini memang efektif kerana saya sendiri biasa gunakan. Untuk pengetahuan semua dulu saya juga seorang emcee dan pernah mengacarakan banyak majlis-majlis perasmian, majlis majlis rasmi dan tidak rasmi yang melibat Menteri-menteri kabinet, perdana Menteri Malaysia dan ramai lagi.

Dan saya jumpa satu pattern yang sangat jelas apabila vip Menteri atau sesiapa sahaja yang memberi ucapan. Biasanya audience akan tidak focus atau melihat ‘phone’ mereka tapi apabila Menteri mula start bercerita..

‘.. hari tu saya masuk kampung A, jumpa En Abu ni, dia kata kehidupan hari ini susah.. harga barang naik……’

Dan audiens akan mula fokus dan mendengar cerita yang cuba disampaikan oleh Menteri atau sesiapa je yang memberi ucapan tu. Ini memang biasa saya lihat dan itulah hebatnya bercerita atau storytelling ketika berkomunikasi tidak kiralah diatas pentas ketika memberi ucapan hatta ketika berborak di kedai mamak.

Dapat menyampaikan sesuatu nasihat dengan lembut dan dapat diterima

Kita tidak akan lari dari memberi nasihat dalam komunikasi kita. Seperti kita nak menasihati anak-anak kita, staff-staff kita ataupun sesiapa sahaja. Tapi bukan mudah untuk mereka terima bukan. Dan salah satu cara yang saya nak sangat sarankan kepada anda ialah dengan menggunakan kaedah storytelling ini.

Teknik bercerita memang sangat berguna untuk sampaikan nasihat dengan lebih lembut dan insya Allah mudah untuk diterima.

Jika kita nak suruh anak kita solat dan kita terus je cakap dan sampaikan

‘..Aiman, pergi solat sekarang!..’

Kemungkinan anak-anak kita untuk ikut arahan kita agak susah. Cuba gunakan kaedah bercerita seperti bermula dengan kisah nabi atau kisah sahabat yang memberi pengajaran dan diakhir cerita diselitkan..

‘.. that why, kita kena utamakan solat walau sibuk & susah macam mana sekalipun kerana solat itu tiang agama..’

Insya Allah anak anda akan faham dan akhirnya mereka akan mengikut arahan atau nasihat yang kita gunakan & berikan kepada mereka.  Saya nak share sikit kisah storytelling yang ada bersangkut paut dengan amalan berdoa & bersedekah.. Klik dibawah:-

>> KLIK SINI <<

Memberi variasi atau kelainan dalam ucapan atau percakapan anda.

Dalam komunikasi atau ketika bercakap, penggunaan storytelling atau bercerita akan menambah variasi unik dan kelainan dalam penyampaian kita. Contoh ketika meeting, instead of bercakap-cakap, bertanya soalan, mencari solusi dan memberi arahan, apa kata gunakan kaedah ‘storytelling’ bercerita yang diselitkan juga nasihat dan insya Allah staff akan merasai kelainan itu dan mudah mudahan nasihat itu dapat di ikuti oleh staff.

Saya suka untuk akhiri meeting mingguan atau bulanan bersama staff saya dengan kisah-kisah nasihat dan cerita yang akhirnya saya selitkan nasihat supaya staff bekerja dengan ikhlas, staff yakin dengan pihak pengurusan, memberi booster dan semangat kepada mereka dan lain-lain.

Selain itu, untuk di social media, penggunaan storytelling atau bercerita juga sangat digemari. Saya juga kerap berkongsi cerita-cerita pengajaran berbentuk ‘storytelling’ di social media saya dan akhirnya ramai yang respond dan memberi komen positif mereka. Ini antara kisah cerita yang saya bawa dalam penulisan saya, Klik Link dibawah

 >> KLIK SINI <<

Pengaruhi staff atau pelanggan dengan storytelling

Ada Istilah ‘menjual tanpa menjual’. Ini kerana kadang kala kita tak menjual pun, hanya kita berkongsi kisah pengguna dan orang pun minat, nak tahu lebih lanjut dan akhirnya membeli. Sedar atau tidak sebenarnya teknik ‘bercerita’ dah selalu digunakan ketika menjual.

Pernah jumpakan orang cerita pasal makcik ini, pakcik tu, akhirnya menjual produk, jual takaful. Pernah jumpa kan? hehe sebab dengan cerita boleh mempengaruhi orang, boleh beri kesedaran kepada orang dalam cerita yang kita sampaikan.

Semoga bermanfaat untuk artikel hari ini. Kalau ada yang nak belajar ilmu ‘storytelling’ dengan teknik & strategi yang betul, saya jemput untuk hadir ke program saya ‘Powerful Storytelling‘ pada 6 & 7 Julai ini. Untuk yang boleh layari

KLIK –> Website ‘Powerful Storytelling’

Terima Kasih

ikuti saya di media social untuk lebih info & tips mengenai komunikasi:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

Join Telegram Channel saya untuk lebih banyak tips & video komunikasi berpengaruh, klik pada gambar dibawah:-


Baca Juga: 5 ADAB KETIKA KE RUMAH TERBUKA AIDILFITIRI

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments