‘3K’ yang kita perlukan untuk ‘IMPROVE’ dan ‘MAINTAIN’ motivasi

3K IMPROVE MOTIVASI

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

5 Jul 2018

[et_social_follow icon_style=”slide” icon_shape=”circle” icons_location=”top” col_number=”auto” counts=”true” counts_num=”0″ total=”true” outer_color=”dark” network_names=”true”]

Assalamualaikum semua pembaca blog Rizal Rashid. Semoga berada dalam rahmat Allah. Hari ini saya nak berkongsi tentang perkongsian yang telah saya utarakan ketika ke udara di radio ikim Jumaat lepas dalam slot ‘Usrah Nurani’ bersama Ustaz Zul Ramli dan Dr Yasmeen. Anda ada dengar? jika ada Alhamdulillah.

TAJUK :  ‘3K’ yang kita perlu tukar untuk ‘improve’ dan ‘maintain’ motivasi kita’

Semoga anda Berjaya ubah dan manfaatkan ilmu ini untuk kebaikan diri dan komunikasi anda. Insya Allah

Jom mula dan teruskan bacaan anda ya..

 

  1. KATA-KATA (SELF-SABOTAGE)

KATA-KATA

‘K’ yang pertama ialah Kata-kata. Kita ini manusia biasa, ya! kita manusia biasa dan selalu diuji. Oleh yang demikian kita kadang kala akan meluahkan kata-kata yang negative terhadap diri kita sendiri atau dipanggil ‘self-sabotage’. Kita sendiri yang menghancurkan motivasi kita melalui kata-kata kita yang kita ungkap dan luahkan.

Sebagai contoh: “Tak boleh la doctor, saya memang dilahirkan macam ni

Anda faham tentang point ini? Lepas ini anda kena tukar kepada kata-kata yang positif, “InsyaAllah boleh”. Sebab minda kita bila dia selalu dengar apa yang diungkapkan insyaAllah dia akan percaya dan akan lakukan apa yang selalu diungkap dan difikirkan. Semoga psychology melalui kata-kata ini mampu mengubah motivasi anda menjadi lebih baik

Nak baca artikel lain? Mungkin anda boleh baca artikel ini : ATASI ‘GUGUP’ DENGAN 3 TEKNIK INI!

  1. KAWAN-KAWAN

Untuk ‘K’ yang kedua ini, ramai yang berpesan bahawa kita ditentukan oleh orang di sekeliling kita. One of my mentor kata, “Rizal masa depan you, your next three years ditentukan oleh dengan siapa kamu bergaul sekarang”. Itu juga pernah diberitahu oleh Saidina Ali.

So, untuk kita maintain motivasi dan kesihatan kita, tukar kawan-kawan yang akan bantu untuk naikkan kita ke satu level yang tinggi. Kalau passion kita dalam bisnes, maka berkawan dan bergaul lah dengan bisnes-bisnes owner.

KAWAN-KAWAN

Kalau kawan-kawan jenis “ala rileks la” (demotivate), UNFRIEND dia. Sebab masa kita susah kawan-kawan kita tak tolong pun. Mungkin berat bagi kita tapi kita perlu lakukannya. Niatkan perubahan atau tindakan untuk Unfriend ini sebagai satu tindakan atau perubahan motivasi yang baik dan dirahmati oleh Allah.

Tapi macam mana kalau dari keluarga terdekat? Bak kata ustaz Amin: “Rule number one: Saboo je lah….” Hehe

p/s : saya pernah ditanya bagaimana nak atasi orang yang selalu PERLI kita, atau dengki atas kejayaan kita dalam video ini >> VIDEO  SELALU DIPERLI DAN ‘DOWN’ KAN KITA << dan saya berikan jawapan yang lebih kurang sama dengan ‘K’ yang kedua ini.

necs poster

  1. KEBIASAAN

KEBIASAANOk, next ‘K’ yang ketiga ialah kita tukar rutin. Seperti yang Dr.Yasmeen katakan, kita kena masak semula air walaupun selama ini kita gunakan penapis air yang terbaik dan terus minum. ‘Biasakan yang betul, betulkan yang biasa’. Mungkin kita biasa buat tapi rupanya tak memberi kebaikan pada kita, jadi tukar rutin dan kebiasaan kita supaya kita mendapat kebaikan daripada kebiasaan perkara yang kita lakukan.

Ini adalah perubahan rutin yang kita perlu lakukan. Sebagai contoh, jika kita nak mahir bercakap diatas pentas, kita perlu berlatih untuk selalu bercakap.  Jika ada peluang jadi emcee majlis di organisasi anda, ambil tanggungjawab tersebut. belajar dan fokus ubah rutin yang biasa kita lakukan.

Jika ada peluang memberi ucapan mewakili bos atau ketika di dalam meeting, bila ditanya ada perkara lain? Bangun dan bercakaplah walau hanya untuk mengesahkan sesuatu. Insya Allah jika kita ubah kebiasaan itu, kita akan mendapat manfaat yang lebih baik yang akan reflek kepada motivasi diri kita.

Semoga 3 ‘K’ ini dapat membantu anda mengubah motivasi diri dan menjadikankan diri anda lebih baik dari sebelumnya. Saya doakan kehidupan anda bertambah baik. Semuanya bermula dari kita! Pilihan untuk berubah ada di tangan kita. So, anda pilih yang mana?

 

Untuk Video penuh perkongsian saya di slot ‘Usrah Nurani’ di Ikim FM ini,

anda boleh dengarkan di >> Slot Usrah Nurani’ <<

Ikuti saya di social media:-

| Facebook | Instagram | Twitter | Youtube | Linkedin |

Jangan lupa ikuti saya ya.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

2 Comments

  1. Anita Abdul.Aziz

    Terimakasih Tuan rizal
    Sgt2 membantu saya .
    Terbaikk

    Reply
    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah semoga mendapat manfaat berguna ya

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *