3 Cara bagaimana tingkatkan tahap konfiden diri (Bahagian 1)

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

11 Nov 2021

Berapa ramai yang menghadapi situasi yang mana apabila anda sebagai seorang staf melontarkan idea tapi tidak diterima oleh bos dan rakan sekerja?

Berapa ramai pula yang menghadapi situasi yang mana anda sebagai seorang leader tapi tidak mampu mempengaruhi staf dan team anda?

Jika anda adalah salah seorang di atas yang menghadapi situasi tersebut , anda wajib baca artikel ini sehingga habis.

Pastinya akan banyak membantu anda bagi meningkatkan konfiden level anda ke peringkat seterusnya.

So are you ready?

Jadi artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu topik yang sangat menarik sebagai seorang staf yang ingin didengari ideanya oleh pihak atasan ataupun sebagai seorang leader yang mana ingin mempengaruhi staf atau team di bawahnya.

Topiknya adalah 3 cara bagaimana untuk membina tahap konfiden yang lebih tinggi supaya mudah didengari dan mempengaruhi.

1. Biasakan dengan topik (Familiar topic).

Pertama sekiranya anda sebagai seorang leader ketika bercakap dihadapan team atau staf , pastikan anda bercakap topik yang anda familiar atau topik yang betul-betul anda kuasai.

Supaya anda dapat menyampaikannya dengan lancar dan tiada tersekat-sekat dalam penyampaian anda.

Sekiranya anda kuasai topik tersebut , anda akan rasak seronok dan bertenaganya dalam dalam menyampaikan topik tersebut.

Dan anda juga akan menerima respon yang memberangsangkan daripada audien anda.

Kalau tak percaya anda boleh cuba sampaikan sendiri satu topik yang anda benar-benar kuasai pasti anda dapat rasakannnya.

Dan begitu juga sebaliknya jika anda bercakap sesuatu topik yang anda tidak familiar, percaya lah anda akan rasa sesuatu yang tidak menyenangkan hati anda dan the worst part of it, audien , staf atau team anda dapat rasakan perkara yang sama.

Perkara ini saya sendiri pernah rasainya sendiri. Ianya satu pengalaman yang saya tak pernah lupa dalam ingatan saya.

Pada satu hari saya pernah dijemput untuk menjadi panel daripada salah satu program politik.

Ya, sewaktu itu saya menerimanya tapi itu adalah pengajaran besar buat saya. Tambahan pula, memang saya tidak familiar dengan topik politik , waktu itu saya rasa saya adalah panelis yang paling bawah sekali lah.

Dan audien masa itu pun heran dengan apa yang saya sampaikan , “serius lah kau ni yang tu pun kau tak tahu”. Lebih kurang macam tu lah pandangan audien. Sebab saya tak tahu benda tu.

So point saya adalah jika anda sebagai seorang staf atau leader yang bercakap dihadapan team anda pastikan anda familiar with your topic.

Bersambung dibahagian dua disini (Bahagian 2).

Saya bawakan Program KHUSUS kepada TRAINER, COACHER, EDUCATOR DAN SPEAKER yang mempunyai masalah seperti diatas, nak tak kalau kami bagitahu anda cara untuk BESARKAN LAGI INCOME ANDA, TAMBAH BAIK SKILL PENGAJARAN DAN KUASAI TEKNIK BAGAIMANA NAK BUAT AUDIENS TERUJA, SUKA DAN AKHIRNYA ANDA DIPANGGIL BERKALI-KALI UNTUK BERIKAN TRAINING KEPADA MEREKA dengan hanya perlu join program terbaru Tuan Rizal Rashi iaitu HIGH INCOME TRAINER. Klik pada gambar untuk maklumat lanjut.

Boleh juga baca artikel menarik dan bermanfaat yang lain:

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments