3 Cara bagaimana tingkatkan tahap konfiden diri Part 2.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

2 Dec 2021

Pada artikel yang lepas saya sudah kongsikan kepada anda apakah teknik atau cara pertama untuk anda tingkatkan tahap konfiden anda iaitu dengan familiar with your topik.

Tapi mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana kita nak tahu sama ada kita familiar atau tidak dengan topik tersebut.

Jadi saya nak kongsikan caranya iaitu dengan anda mampu bercerita topik atau produk tersebut dari A-Z dan Z-A.

Point saya adalah untuk kita kenalpasti sama ada kita kuasai atau familiar topik tersebut adalah dengan menguji semampu mana kita boleh bercerita topik tersebut dari awal sehingga akhir dan juga secara terbalik dari akhir hingga ke awal.

Dapat sesuatu teknik pertama ini?

Jika “YA” jom kita teruskan teknik atau cara yang kedua untuk anda sebagai seorang bos atau seorang leader naikkan lagi tahap konfiden anda.

Teknik yang kedua adalah familiar dengan stage/platform anda.

Sebagai seorang staf , seorang leader atau bos atau sesiapa sahaja jika anda ingin tampil lebih konfiden anda perlu cakna atau beri perhatian kepada platform yang anda ingin gunakan ketika anda menyampaikan ucapan anda.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan , bila kita sebut tentang platform ini ianya terbahagi kepada 2 iaitu:

1. PLatform offline

2. platform online

Sekiranya anda sudah selesai mengenalpasti  diantara platform tersebut , seterusnya anda perlu test atau cuba beberapa kali bercakap di platform tersebut sewaktu tiada audien atau nak senang faham “rehearsel” beberapa kali sehingga minda dan badan anda berasa sangat selesa di platform itu.

Sebagai contoh jika anda ingin bercakap di platform offline seperti di atas pentas dan sebagainya , anda perlu ulang turun naik serta bercakap di atas pentas tersebut untuk memastikan setiap pergerakkan yang anda lakukan anda berasa tenang dan sangat selesa.

Begitu juga dengan jika anda bercakap di platform online mungkin di FB Live atau Zoom meeting dan sebagainya , anda pastikan anda telah mencubanya beberapa kali dengan mengetahui beberapa butang yang patut anda tekan supaya percakapan anda tidak terganggu di masa sebenar.

Semasa Covid-19 ni menular di serata dunia, ramai yang menjalankan bisnes mereka secara online. Pastinya ramai lah yang menggunakan FB live , IG live dan sebagainya. Ramai yang bertanya serta menceritakan kepada saya situasi yang mereka hadapi ketika live tersebut. Ada situasi yang mana mereka tidak tahu bagaimana nak letak link di ruang komen ketika live berlangsung dan akhirnya jualan yang dijangka masuk pada waktu itu tidak berlaku.

Ada juga yang bertanya kepada saya apakah step-by-step untuk Live di FB ni dan akhirnya menjurus kepada jualan?

Dan banyak lagi sebenarnya soalan serta pertanyaan yang saya terima daripada para audien.

Cuma point saya adalah jika anda sudah familiar dan berasa selesa dengan platform yang anda gunakan insya -Allah penyampaian anda akan lebih konfiden kerana tiada gangguan ketika anda menyampaikan ucapan.

Bersambung…

Dapatkan E-Book terbaru saya “5 TIPS MENJADI LEADER BERPENGARUH MELALUI KOMUNIKASI” yang akan bantu anda untuk belajar pelbagai ilmu dan teknik komunikasi dengan berkesan .

Tekan pada gambar di bawah untuk muat turun sekarang.

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments