Ini 2 Cara memulakan perbualan. [boleh amalkan sempena Hari Raya ini]

mulakan perbualan

​​Jadi yang terawal untuk dapatkan
artikel - artikel terbaru!

Isikan butiran anda dibawah untuk dapatkan artikel dan tips tips berkaitan komunikasi dengan PERCUMA.

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

24 Jun 2017

[et_social_follow icon_style=”slide” icon_shape=”circle” icons_location=”top” col_number=”auto” counts=”true” counts_num=”0″ total=”true” outer_color=”dark” network_names=”true”]

Kadang kadang kita tiada idea nak mulakan perbualan, nak cakap takut topik tu orang tak suka. Tapi masalahnya nak cakap pasal apa ya?

 

Pernah tak anda mengalami situasi macamni? Akhirnya kita tengok smart phone dari awal sampai habis pertemuan. Bukan sebab kita nak tengok phone sangat pun, tapi sebab tak tahu nak cakap pasal apa. Pening nak mulakan perbualan.

 

Percayalah bukan anda sahaja yang mengalami situasi ni, ramai orang di luar sana juga mengalami situasi serupa.

 

Nah, saya nak share 2 cara untuk memulakan perbualan:

 

  1. Mulakan dengan “Puji & tanya soalan”

 

Bila kita nak mulakan perbualan kita boleh puji sesuatu tentang orang yang sedang berada dihadapan kita dan kemudian tanya soalan.

 

Contoh :

“ Saya suka baju tuan , tuan tempah di mana ya? “

 

Saya suka baju tuan ( Pujian )

Tuan tempah di mana ya? (Tanya)

 

Atau

 

“ Perfume you ni best la, saya suka , bau dia fresh sangat. You pakai perfume apa ya ? “

 

Perfume you ni best la, saya suka , bau dia fresh sangat (Pujian)

You pakai perfume apa ya ? (Tanya)

 

 

 

  1. Perbualan dimulakan dengan “Isu semasa & tanya soalan”

 

Untuk isu semasa ni , topik paling selamat untuk memulakan perbualan adalah masa dan cuaca. Sebab kadang kadang kita tak tahu kalau kita mulakan dengan isu semasa, rupanya ianya sangat sensitif dengan orang yang kita sedang berhadapan.

 

Nah, ni sedikit panduan untuk kita semua.

 

Contoh : (isu semasa : Masa )

 

“ Sekejap je masa sekarang ni kan.. alih alih dah raya.. Tuan beraya di mana tahun ni? “

 

Sekejap je masa sekarang ni kan..alih alih dah raya..( Isu tentang masa )

Tuan beraya di mana tahun ni ? ( Tanya )

 

 

 

Contoh : (isu semasa : Cuaca)

 

“ Cuaca sekarang ni tak tentu, kejap panas, kejap sejuk.. Macam tempat saya sekarang ni hujan dan mendung je.. Tempat tuan macam tu juga ? By the way tuan tinggal di mana ya ? “

 

 

 

Cuaca sekarang ni tak tentu, kejap panas, kejap sejuk.. Macam tempat saya sekarang ni hujan dan mendung je.. (isu tentang cuaca)

 

Tempat tuan macam tu juga ? By the way tuan tinggal di mana ya ? “ (Tanya)

 

BACA: 6 sebab pasangan bercakap dengan kita

 

 

Ok, Jadi inilah 2 tips yang kita boleh cuba. Dan ingat, ianya ikut kesesuaian juga ya.

 

Semoga bermanfaat buat anda, dan semoga terhindar dari ‘krikk krikk’ hehe
mulakan perbualan dengan bergaya melalui teknik diatas.

 

Selamat Mencuba!

 

==

 

Nak belajar banyak lagi tentang ilmu komunikasi?

boleh subscribed youtube saya di YOUTUBE RIZAL RASHID

 

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. 4 perkataan yang menurunkan KREDIBILITI! | Rizal Rashid - […] ARTIKEL BERKAITAN : 2 CARA UNTUK MEMULAKAN PERBUALAN DENGAN ORANG BARU (TIPS BERGUNA) […]
  2. JANGAN HARAP NAK JADI COMMUNICATOR BERPENGARUH SELAGI TAK TAHU FORMULA S.P.E.A.K!! | Rizal Rashid - […] ARTIKEL BERKAITAN: 2 CARA MEMULAKAN PERBUALAN […]