fbpx

Hai semua, sempena Hari raya ni, mesti ramai yang buat open house / rumah terbuka kan. Tidak hebat juga jemputan dari saudara mara dan kawan-kawan yang jemput ke rumah terbuka. So saya senaraikan sikit 5 adab ketika ke rumah terbuka.

 

Semoga bermanfaat ya!

 

  1. Perbetulkan niat kita menghadiri rumah terbuka

Bila Syawal menjelma sudah semestinya banyak undangan ke Rumah Terbuka. Pastikan niat kita tu betul yer. Selain memenuhi permintaan tuan rumah yang menjemput jadikan Rumah Terbuka sebagai peluang untuk bertemu rakan taulan sanak saudara yang jarang-jarang dapat bertemu.  Bila ada rumah terbuka ni biasanya semua berkumpul dalam satu masa. Lebih menjimatkan masa. Bagi ahli politik ,janganlah menjadikan rumah terbuka sebagai medan untuk berpolitik, pancing undi.  Menggunakan politik sebagai modal perbualan akan menyebabkan orang sekeliling menjadi tidak selesa.Bila dah niat untuk ziarah menziarahi, jangan pula ada yang pasang niat untuk buat sales.  Rumah terbuka dah jadi macam booth jualan pulak.  Harap dielakkan yer.

Juadah yang dihidangkan semestinya berbeza antara setiap rumah.  Bila diundang jangan pulak kita complain makanan tak sedaplah, tak da pilihanlah.  Perbetulkan niat kita.  Kita hadiri rumah terbuka, niat utamanya adalah untuk ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan.  Bukan sebab nak makan. Dan kita perlu ingat, tuan rumah semestinya dah buat yang terbaik.  Cuma mungkin itu sahaja yang termampu. Rumah terbuka ni pun melibatkan kos.

Perbetulkan niat kita menghadiri rumah terbuka

 

  1. Pastikan datang pada waktu yang sesuai

Kebiasaannya tuan rumah akan maklumkan sekali masa jemputan ke rumah terbuka. Contohnya 11 pagi sehingga 3.00 petang.  Tujuan penetapan masa ini bukan saja-saja ditetapkan ya.  Bila dah ditetapkan masa, janganlah jam 9 pagi kita dah tercegat berada di depan pintu. Mungkin di waktu pagi Tuan Rumah masih buat persiapan, makanan yang nak dihidang pun belum sedia untuk di hidangkan.

Ada juga Tuan Rumah yang dah tetapkan masa contohnya 9 pagi hingga 11 pagi dikhaskan untuk jemputan rakan taulan dan 11 pagi hingga 3 petang jemputan daripada sanak saudara.  Jadi, datanglah pada masa yang telah ditetapkan.  Melainkan Tuan Rumah sudah maklum tiada masa ditetapkan.  Tapi kita sebagai tetamu fikirlah secara logic, janganlah seawal pagi dah kat depan rumah atau lewat malam baru sampai.  Tuan Rumah dah penat seharian melayan tetamu.  Malam adalah waktu untuk berehat.

Pastikan datang pada waktu yang sesuai

 

  1. Jangan membawang dengan tetamu lain

Hari baik bulan baik, janganlah menggunakan rumah terbuka sebagai platform untuk membawang dengan tetamu lain.  Fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik, yang datang nanti, semua yang baik-baik. Pihak kedua pula, seboleh-bolehnya menolak lah pelawaan sekiranya diajak membawang dengan berhemah.  Contohnya, mohon diri untuk ke bilik air, dapur dan sebagainya.

Jangan membawang dengan tetamu lain

Baca juga: Ucapan Hari Raya 2019 Saya (Memandu KB – KL 15 jam.. fuhh)

  1. Jaga Akhlak dan tingkah laku kita

Bila ke rumah terbuka pastikan pakaian yang dipakai menutup aurat dan tidak menjolok mata.  Pakailah pakaian yang sesuai dengan majlis. Jaga etika pemakaian dan jangan sesekali berpakaian pakaian yang tidak senonoh.  Bagi yang mempunyai anak kecil, kawal tingkah laku anak-anak.  Jangan berkeliaran, main kejar mengejar,panjat sofa , usik barang-barang milik orang lain dan lain-lagi.  Tanggungjawab ibubapa untuk menegur dan melarang anak-anak daripada perlakuan begitu. Yang wanita pakai baju dah cantik. Yang lelaki pun dah kacak.  Tapi ketawa berdekah-dekah, mengilai.  Tentu ‘spoil’kan.   Jadi, jagalah tingkah-laku.  Janganlah ketawa dengan kuat.

Jaga Akhlak dan tingkah laku kita

 

  1. Jangan tamak, makan yang perlu sahaja

Bila Rumah Terbuka sudah pastinya  pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan kepada tetamu.  Rambang mata melihatnya. Makanlah mengikut keperluan.  Jangan tamak dan mengambil makanan  sehingga membazir.  Jangan makan dengan gelojoh.  Ingat, niat ke rumah terbuka adalah untuk ziarah menziarahi, bermaaf-maafan dan bukannya niat untuk makan.

Jangan tamak, makan yang perlu sahaja

Semoga nasihat dan penulisan ini bermanfaat untuk anda ya.

ikuti saya di media social untuk lebih info & tips mengenai komunikasi:-

| FACEBOOK | YOUTUBE | INSTAGRAM | TWITTER | LINKEDIN |

​Dapatkan tips komunikasi terkini daripada saya.