2 Jenis pemimpin, anda yang mana?

2 jenis pemimpin

Mengenai Penulis

Mohd Rizal Bin Abd Rashid merupakan Guru Komunikasi Berpengaruh Malaysia yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang komunikasi berpengaruh.

Beliau mempunyai kepakaran dalam komunikasi berpengaruh dan telah mengendalikan banyak bengkel serta seminar serta melatih ribuan bisnes owner, usahawan dan professional dalam dan luar negara fokus kepada komunikasi berpengaruh dan body language.

}

19 Oct 2018

Hai semua pembaca blog Rizal Rashid, Hari ini kita berkongsi tentang jenis ‘pemimpin’ atau leadership style. Pemimpin yang berbeza menggunakan gaya yang berbeza. Dari gaya yang agak mudah, gaya mudah ke gaya otokratik, micromanaging dan sebagainya.

2 jenis pemimpin

Pemimpin juga boleh menggunakan strategi dan teknik motivasi yang berbeza untuk meningkatkan prestasi pekerja atau mencapai perubahan dalaman.

 

Ada 2 jenis kepimpinan iaitu kepimpinan transformasi dan kepimpinan transaksional ( Transformational Leader & Transactional leader )

 

Pemimpin transformasi dan transaksional adalah 2 perkara yang berbeza. Memahami perbezaan antara kepimpinan transformasional dan transaksional adalah sangat penting untuk perkembangan perniagaan dan juga peningkatan karier kita.

 

Jom kita kembangkan apakah beza kepimpinan transaksional dan kepimpinan transformasional

 

 

Kepimpinan Transaksional

 

Gaya kepimpinan transaksional adalah gaya kepimpinan yang mengekalkan aliran operasi yang lazimnya berlaku. Kepimpinan transaksional boleh digambarkan sebagai “menjaga kapal supaya tidak tenggelam.”

 

Pemimpin transaksional menggunakan kuasa disiplin dan pelbagai insentif untuk mendorong pekerja untuk melakukan yang terbaik. Istilah “transaksional” merujuk kepada transaksi atau operasi.

 

Contoh:

 

Satu hari, dalam satu kompleks membeli belah, semasa orang sibuk keluar dan masuk ke  tempat letak kereta, kawasan tersebut menjadi sesak.

Keadaan menjadi semakin sesak. Kereta tak dapat bergerak memandangkan kereta yang nak masuk pun banyak, kereta yang keluar juga semakin banyak. Beberapa minit berlalu tiada security atau pihak kompleks membeli belah yang membantu menyelesaikan masalah tersebut.

 

Orang menjadi semakin marah dan saling membunyikan hon antara satu sama lain.

 

Beberapa ketika, ada seorang pemuda yang meletakkan kereta beliau ke tepi dan melihat apa yang sedang terjadi. Rupanya tiada guideline untuk kereta yang keluar dan kereta yang masuk. Masing masing tidak memberi peluang antara satu sama lain.

 

Jadi dengan inisiatif sendiri, pemuda tersebut pergi ke pintu masuk tempat letak kereta dan kemudian dia secara sukarela menjadi ‘polis trafik’ untuk mengatur kereta yang masuk dan keluar. Selang beberapa minit, keadaan di tempat letak kereta pulih seperti sediakala. Si pemuda itu adalah pemimpin transaksional.

 

Seorang pemimpin transaksional adalah pemimpin yang sering prihatin dengan memastikan semuanya mengalir dengan lancar.

 

BACA JUGA: Berjaya Dengan Buat TERBAIK Sekarang! (Kisah Saya)

 

Kepimpinan transformasional.

 

Seorang pemimpin transformasional melampaui batas operasi atau transaksi. Jika pemimpin transaksional “menjaga kapal supaya tidak tenggelam”, pemimpin transformasional adalah “ menjaga dan memastikan kapal terus bergerak ke destinasi dan semakin membesar.”

 

Gaya kepimpinan transformasi memberi tumpuan kepada pembangunan pasukan, motivasi dan kerjasama dengan pekerja di pelbagai peringkat organisasi untuk mencapai perubahan yang lebih baik.

 

Pemimpin transformasional menetapkan matlamat dan insentif untuk mendorong bawahan mereka kepada tahap prestasi yang lebih tinggi, sambil menyediakan peluang untuk pertumbuhan peribadi dan profesional bagi setiap pekerja.

 

Dalam cerita sebelum ini iaitu tentang tempat letak kereta kompleks membeli belah dalam perenggan di atas, pemimpin transformational akan memikirkan satu sistem atau strategi yang akan melancarkan lalulintas atau aliran trafik supaya tidak berlaku kejadian tersebut tidak kita di waktu biasa, waktu perayaan, waktu cuti sekolah dan seumpamanya.

 

Apakah keselamatan pengujung wanita terjamin, adakah keselamatan kanak kanak yang melintas jalan akan terkawal ataupun adakah ianya memudahkan orang kurang upaya dan golongan senior citizen.

 

Mereka juga akan memikirkan bagaimana untuk fully utilize team atau staf yang ada dengan efficient ( cost effective ) supaya mereka tidak rasa terlalu terbeban, dan pada masa yang sama keadaan trafik berjalan lancar tidak kira masa, keadaan atau cuaca dan apa yang penting keselamatan pengunjung terjamin.

 

Mereka juga akan memikirkan staff progress, selepas jadi ticket attendant mereka akan dinaikkan kepada supervisor dan seumpamanya. Ini untuk memastikan perkembangan dalam staff dalam organisasi.

 

 

Kesimpulannya adalah, semua pemimpin transformasional adalah pemimpin transaksional. Tapi tidak semestinya pemimpin transaksional adalah pemimpin transformasional.

 

Semoga bermanfaat.

 

Ikuti saya di media social saya untuk lebih perkongsian tips & video-video menarik:-
Facebook | Instagram | YouTube | Twitter | LinkedIn |

Anda Mungkin Meminati Tajuk Tajuk Ini…

Apa Pendapat Anda Tentang Artikel Saya Ini? Berikan Komen Anda

37 Comments

  1. Moston Tambakah

    Sangat bermaanfaat..terima kasih tak terhingga..saya senang dengan perkongsian Tuan..

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah terima kasih

  2. Mohd Fazil

    Kepimpinan transformasional yg saya fikirkan utk melangkah lebih jauh dan berproduktiviti, kreatif & berdaya saing…

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah terbaik tuan!

  3. Fairul Izham Mohd Mokhlas

    Assalamualaikum,

    Saya adalah 70% pemimpin jenis transactional dan 30% pemimpin traformational.

    Saya lebih suka “menjaga agar kapal tidak tenggelam” dan apabila semuanya okay baru saya merancang transformasi untuk terus membesar dan memperluas.

    Tetapi dalam organisasi saya perlukan 2 jenis pemimpin ini agar segalanya terurus dan terus meluaskan jajahan organisasi saya pada masa yang sama.

    • Rizal Rashid

      Betul Tua Fairul, masing2 memerlukan antara 1 sama dgn yg lain. Apa Khabar tuan? lama tak berjumpa

  4. ANIZAH BINTI YUSOF

    Terima kasih atas perkongsian…

    • Rizal Rashid

      Terima kasih cikpuan sebab baca artikel saya ini.

  5. Sepawi Bin Meludin

    Alhamdulilah sangat bermanfaat

    Saya seorang pemimpin Transformasional

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah tahniah Tuan

  6. Rosli

    Saya ada kedua dua ciri tersebut

    • Rizal Rashid

      ya Tuan, mmg ada pemimpin yang mempunyai kedua2 nya.

  7. NAJIHAH BINTI ABD HALIM

    Bismillah Alhamdulillah..Terima Kasih Tuan atas perkongsian..saya rasa saya dikategori pemimpin transaksional.

    • Rizal Rashid

      Tahniah CikPuan 🙂

  8. Ikhwan

    Terima kasih atas penerangannya.

    • Rizal Rashid

      Sama-sama Tuan yang budiman

  9. Norina

    Saya lebih kepada transformasi….
    Sebagai ibu saya sentiasa nk buat anak2 dn ahli kekuarga lebih berjaya dalam masa yg sama perlu luaskan jarak pemikiran duniawi dan ukhrawi….alhamdulillah..setakat hari ini anak2 telah berjaya begitu juga dgn pembantu2 saya..

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah tahniah CikPuan. Terima kasih kerana membaca artikel saya ya

  10. Ramizah Daud

    terima kasih atas perkongsian..sangat bermanfaat..

    • Rizal Rashid

      Sama-sama, insya Allah. doakan sy konsisten untuk share lagi dan sebarkan banyak ilmu bermanfaat

  11. syah

    transaksional tuan

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah tahniah Tuan

  12. Ahmad Zhariff

    Saya rasa saya seorang pemimpin transaksional.

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah tahniah tuan kerana membaca dan men diagnosis cara kepimpinan Tuan

  13. Azizah Hajer

    Terima kasih Tuan Rizal ats artikel yg sgt bermanfaat bagi sy utk mengenali cara kepimpinan sy, sy merupakan seorang pemimpin transformasional.

    • Rizal Rashid

      Alhamdulillah sama-sama, Tahniah kerana berjaya menganalisa cara kepimpinan CikPuan.

  14. Saedah

    Terima kasih. Perkongsian yang bermanfaat.

    • Rizal Rashid

      Terima Kasih CikPuan

  15. Clare

    Alhamdulillah.. terima kasih atas ilmu dan perkongsian ????

    • Rizal Rashid

      sama-sama semoga bermanfaat ya

  16. siti huzaimah

    Alhamdulilah,terima kasih atas perkongsiannya. Ilmu baru. Dulu cuma tahu pemimpin autokratik, demokratik, lesize fair. Sekarang dah ada jenis yang lain.